Assalamualaikum.
Jom ambil tahu.
Organ hati adalah organ dalaman yang terbesar.
Besar size bermaksud, besar juga tanggungjawab yang dibawa.
Hati ada lebih 500 fungsi penting dalam tubuh kita.
Antaranya adalah detoksifikasi, atau bahasa lain nyahtoksin dimana ia bertanggungjawab untuk mengurus bahan toksin yang masuk kedalam tubuh kita supaya ;-
1. Tidak menjadi racun kepada tubuh
2. Untuk disingkir dari tubuh supaya tidak jadi beban
Organ hati ini umpama "penapis" yang menapis segala benda yang masuk kedalam tubuh kita, dan mengurus sebarangan ancaman yang bersifat toksik.
Namun, ia hanya dapat berkerja dengan baik sekiranya ia berada dalam keadaan sihat.
Jika ia tidak sihat, maka disini jadi permulaan kepada lambakan toksin dalam tubuh kita.
+ Simptom selsema / jangkitan virus
+ Ruam
+ Cirit
+ Jerawat
Sekiranya simptom-simptom diatas ditahan dengan ubatan, maka toksin yang sedang cuba disigkirkan akan ditolak semula kedalam badan.
Lama-kelamaan, fungsi organ mulai lemah dan kita mula dapat simptom baru,
petanda penyakit sudah kronik :-
>> Kelelahan /lesu kronik ( Chronic fatigue syndrome )
>> Autoimun
>> Kanser
Bila organ hati terbeban dengan toksin,
proses untuk pulih dari penyakit menjadi sukar.
Kehadiran logam berat juga menjadi beban keatas organ hati.
Nutrien yang cukup penting untuk sokong proses detoksifikasi hati,
hati bertanggungjawab untuk menukar toksin kepada bentuk yang boleh disingkirkan oleh badan melalui pembuangan air besar, pembuangan air kecil dan peluh.
Dan proses ini memerlukan glutathione yang cukup,
organ hati yang dirawat dengan baik mampu menghasilkan enzim ini.
Dalam organ hati, ada sel Kupffer yang bertugas untuk memakan sel mati, sel kanser, virus, yis, parasit, bakteria, kimia, protein separa hadam dan unsur-unsur luar yang jadi ancaman.
Sel ini berkerja dengan bantuan enzim,
namun jika berkerja lebih masa dan terbeban maka fungsi sel Kupffer ini turut terbantut dan mengakibatkan darah & sistem limfatik kita terbeban dengan toksin.
Sebelum kita terus fokus pada detoks,
yang lebih penting adalah mulakan dengan perbaiki kesihatan gastrousus.
Elak semua toksin baru supaya tubuh dapat mula urus toksin lama yang berkumpul dalam tubuh.
Dan ambil nutrisi yang cukup supaya tubuh kita cukup kekuatan untuk urus toksin.
Cukupkan enzim, protein, serat, probiotik & prebiotik serta hidrasi secukupnya untuk perbaiki kesihatan gastrousus.
Bila pembuangan mulai cantik dan bebas sembelit,
langkah seterusnya hati boleh diperbaiki. Insya'Allah.
----------------------------
Rujukan
[1] The Complete Cancer Cleanse - Cherie Calbom, John Calbom, Michael Mahaffey





%20(7).jpg)
%20(10).jpg)
.jpg)

%20(2).jpg)


%20(14).jpg)



.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
