Antibiotik vs Probiotik : Apa bezanya?

Assalamualaikum. 

Saya terpanggil untuk berkongsi tentang antibiotik dan probiotik, kerana biasanya kalau ke klinik apa jua keadaan sekalipun biasanya kita diberikan antibiotik. 
Saya yakin, ramai dari kita cukup kenal dengan antibiotik. Betul? 

ANTIBIOTIK

Antibiotik, dengan kata lain adalah anti kepada bakteria. 

Menurut Dr Andrew Weil, dalam bukunya "Mind over meds" antibiotik diberikan dalam 2 keadaan :
1) Mengurus jangkitan bakteria
2) Mencegah jangkita bakteria

Antibiotik tidak berkesan untuk jangkitan virus.

Dalam waktu-waktu kecemasan, antibiotik menjadi perlu untuk mengelak jangkitan dari merebak dan membawa komplikasi masalah kesihatan yang lain. 
Namun harus kita ambil tahu kesan-kesan lain yang mungkin ada dari pengambilan antibiotik supaya kita boleh ambil langkah jaga-jaga. 

- Memandangkan antibiotik mensasarkan bakteria ,
namun ia tidak cerdik untuk bezakan yang mana satu baik & mana satu jahat. 
Maka ia akan turut merosotkan bakteria baik dalam usus kita.

- Antibiotik juga dikatakan menganggu fungsi sistem penghadaman dan menyebabkan cirit  kepada 30% individu yang mengambilnya. 

- Jika ada sebarang reaksi yang luar biasa seperti gatal-gatal atau buang air besar berdarah, kemungkinan anda alergi terhadap antibiotik.
Sila terus ke hospital dan maklum kepada pakar.

- Bakteria usus besar yang terganggu mengakibatkan kecelaruan kepada sistem imun. 
Ini kerana saraf didalam gastrousus berhubung rapat dengan fungsi otak/mental. 
Hubungan ini juga dikenali sebagai gut-brain-axis.




PROBIOTIK

Berbeza dengan antibiotik, probiotik merupakan bakteria baik atau dalam kata lain bermanfaat untuk uruskan dysbiosis atau,
kembalikan keseimbangan bakteria dalam usus. 

+ Probiotik yang cukup & sihat bukan sahaja membantu menjaga kesejahteraan usus, malah membantu proses membuang yang lancar. 

+ Kehadiran bakteria baik yang seimbang & sihat bantu mengurus radang dalam usus, sekaligus mengurangkan masalah berkait angin jika diamal dengan berterusan.

+ Keseimbangan gastrousus yang terjaga, memberi impak kepada kesihatan otak/mental, hati dan juga sistem imun. 

+ Bakteria dalam usus juga mampu sintesis Vitamin K & B,
termasuk biotin untuk keperluan badan.

Kesimpulan yang ingin saya highlight disini ialah,
probiotik menjadi keperluan dalam badan setiap hari untuk pastikan penghadaman yang sihat dan pembuangan yang lancar.

Bagi yang masih ada apendiks, bersyukurlah kerana apendiks adalah "stor" probiotik.
Tugasnya menyimpan dan membebaskan probiotik bila diperlukan, namun jika apendiks kita sudah dibuang. Boleh tingkatkan pengambilan probiotik untuk maintain kesihatan gastrousus.

Jika kita pernah atau sedang makan antibiotik,
mungkin boleh digandingkan dengan probiotik untuk bantu mengekalkan kesimbangan bakteria dalam usus. 

Sekadar perkongsian untuk direnungkan.

All Disease Begins In The Gut.
Healthy gut,healthy YOU.

Comments

My photo
Mak anak tiga
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik