![]() |
| Sihat secara alami, antaranya melibatkan kekal aktif dibawah matahri, berpeluh dan cergas bergerak |
Petikan dari Tib An Nabawi tentang pemakanan mengikut sunnah :
Bahagian 2
Kesihatan mengikut sunnah pada kali ini menyentuh tentang sakit kepala dan migrain.
Saya dapati ramai orang yang ada masalah ini pada zaman kini.
Mungkin ada berkait dengan pemakanan dan gaya hidup yang tinggi stress.
Apa yang membezakan sakit kepala dengan migrain?
Migrain :
Menyerang di bahagian yang lebih spesifik seperti bahagian sisi kepalan dan adakala satu kepala dalam bentuk seperti "helmet"
Sakit kepala :
Kebiasaanya bermula atas faktor pengaruh dalaman seperti angin panas yang mengakibatkan tekanan didalam badan dan tidak jumpa jalan keluar,
maka angin panas ini naik dan berkumpul di bahagian kepala membuat kita rasa pening atau sakit kepala.
Antara punca sakit kepala adalah :-
Kelegaan boleh tercapai dengan :-
+ Muntah
+ Makan
+ Rehat & ketenangan ( take a break, rest )
+ Elak tempat yang bising
+ Menggunakan kain lembab untuk sejukkan badan
Jaga pemakanan bukan bererti pantang dari menikmati makanan,
tetapi bagi saya ia mengajar saya tentang balik pada fitrah pemakanan dan menghargai "real food" atau makanan yang sebenar, bukan dalam bentuk yang perlu ditokok tambah dengan pelbagai bahan lain seperti perisa, perasa tiruan atau dari sumber selain yang diciptakan seperti daging berasaskan tumbuhan..
Semakin jauh sifat satu makanan itu dari bentuk sebenar,
lebih sukar untuk diuruskan oleh badan dan berpotensi menimbulkan masalah lain di kemudian hari.
Bila kita lebihkan real food yang betul-betul terkandung nutrisi,
secara tak langsung kita akan kurang makan makanan selain real food yang zero nutrisi.
Dan tubuh badan lebih sihat insya’Allah.
“Healthy gut,Healthy You”
Tib An Nabawi bahagian satu boleh rujuk sini > TIB AN NABAWI BHGN 1 <
Semoga bermanfaat.
Aishah Came,
Koleksi rujukan nota Tib An Nabawi di blog kesihatan :
https://discoverabouthealth.blogspot.com/search?q=tib+an+nabawi
Koleksi rujukan nota Tib An Nabawi di blog kesihatan :
https://discoverabouthealth.blogspot.com/search?q=tib+an+nabawi


No comments:
Post a Comment