Thursday, November 30, 2023

Underweight : Kurus bukan petanda sihat. Tips naik berat badan secara alami.

Ini kisah saya, pengalaman peribadi saya.
6 tahun berat saya statik 40kg sahaja. 

Ramai kata "untung" makan banyak berat tak naik,
tak kurang juga dituduh terlalu jaga makan hingga berat tak naik.
Setelah betul-betul faham tentang badan,
dan serba sedikit tentang kesihatan Alhamdulillah berat saya tak sampai setahun naik ke 44kg.

Gambar takde kaitan dengan tajuk

Permulaan perjalanan untuk makan sihat ialah kerana saya ingin atasi masalah gastrousus yang semakin
menjadi-jadi, bukan sahaja angin malah gastritis dan gerd. 
Dalam proses ini, 
Alhamdulillah perut saya semakin baik, alahan pun menghilang dan..
saya perasan berat badan saya bertambah.

Rupanya kurus selama ini sebab dalaman bermasalah, perut tak bersih dan tak sihat,
maka tidak dapat cerna dan serap nutrisi dengan baik - kerana inilah timbulnya isu underweight.
Orang kurung yang berpenyakit, 
adakala lebih berbahaya dari orang yang obesiti.
Jadi kalau berat badan anda susah nak naik, jangan seronok dulu.

Mungkin ada isu leaky gut, mungkin ada isu IBS atau IBD ( radang usus ) 
atau masalah yang lain yang mengekang badan dari serap nutrisi.

Bila nutrisi kurang,senang timbul inflammation senyap-senyap membakar didalam,
kemnudian mencetus kekacauan hormon,
banyak lah kekacauan lain lepas tu.

Antara 5 langkah yang saya ambil untuk reverse my gut issues dan naikkan berat badan :

1. Stop semua makanan yang cetus angin.
Termasuk gula, gluten, fast foods, trans fat, makanan bergoreng dan sambal.

2. Mula amal real food dan makanan yang support gut detox & reversal process.
Lebihkan good protein dalam pemakanan, good fats dan probiotik.

3. Puasa Isnin / Khamis

4. Last meal before Maghrib ,
dan no kudapan between meals ( biasa kudapan ni craving nak benda manis dan terkandung trans fat ) Untuk kawal sugar cravings saya minum air kosong, lama-lama craving hilang.

5. Buat sampai nampak hasil.
Kadang ada tanya “berapa lama nak buat”
Pendapat saya seeloknya usaha tanam dalam minda untuk make it a lifestyle,
bila kita mengira hari untuk kembali pada old habits,
maka kita buka pintu kepada penyakit lama untuk kembali..

All disease begins in the gut

Untuk reverse juga bermula dari gut, nak sihat tanpa side effects,
meh bersihkan gut kita.
Happy gut,healthier you insya’Allah..
Sekadar perkongsian 🫰

Muah ciked to #Geng_Mak_Mak 😘

#reversekesihatan
#SihatSecaraAlami 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.