Assalamualaikum,
mungkin ramai dah biasa dengan sistem imun. Dan banyak juga yang datang bertanya tips untuk kuatkan sistem imun..
Yang kita mahu sebenarnya adalah sistem imun yang selaras.
Tidak terlalu kuat, dan tidak terlalu rendah.
Selaras ini bererti, ia boleh dilaras ikut keperluan. Dalam waktu ada jangkita, ia menguatkan diri dan bila masa isu autoimun menyerang, ia boleh menurunkan kekuatan.
Autoimun berlaku bila sistem imun jadi terlebih aktif, sehingga menyerang tubuh badan kita sendiri.
Fungsi utama sistem imun
Sistem imun adalah satu organisasi yang kompleks,
terdiri daripada organ, tisu, sel dan molekul yang berkerjasama.
Antara 2 fungsi utama sistem imun yang penting kepada manusia adalah :-
1. Melindungi badan dari ancaman luar, atau dari pencerobohan bendasing seperti bakteria, kuman, virus, dan sebagainya
2. Melindungi badan dari ancaman dari dalam seperti mutasi sel , keradangan dan autoimun.
Jika dilihat kedua fungsi ini Allah SWT kurniakan sistem yang cukup sempurna untuk menjalankan kerja pertahanan dan pencegahan dari penyakit. Sama ada dari luar, atau dari dalam.
Namun sistem ini boleh jadi lemah, kacau bilau atau terlebih aktif bila ada faktor penyumbang seperti pemakanan dan gaya hidup yang tidak menentu.
Sistem imun yang sihat secara ringkas mampu untuk :-
+ Melindungi badan dari diceroboh bendasing
+ Menyingkir toksin
+ Membunuh sel tumor
+ Mengenal pasti ancaman dan mengeluarkan antibodi secara spesifik serta menyimpan data penceroboh yang pernah masuk kedalam badan
+ Melancarkan serangan dan memusnahkan patogen
Sistem imun yang tidak sihat pula tidak dapat berkemampuan menjalankan kerja diatas dengan baik,
sekaligus mengakibatkan :-
- Masa yang lama untuk urus penceroboh
- Kecelaruan sistem imun , jika terlebih aktif akan mula menyerang sel & tisu dalam badan
Bayangkan, ada keradangan yang tercetus didalam badan.
Radang adalah satu reaksi normal dari sistem imun untuk urus gangguan atau kecederaan dalam badan.
Setelah kecederaan diurus, radang seharusnya beransur dan berkurangan supaya kecederaan tadi dapat pulih.
Namun,
jika sistem imun salah dapat "signal" dan terus menerus membiarkan radang "terbakar" dan ditambah oleh bahan bakar radang seperti gula dan makanan proses terutamanya, maka ini membuka ruang kepada radang kronik.
Lama-kelamaan radang kronik boleh cetus pelbagai masalah seperti ketumbuhan dan mutasi sel ( boleh melarat jadi kanser )
Sistem imun terdiri daripada 2 bahagian,
iaitu "innate response" dan "adaptive response"
Innate response :
Berkerja secara segera dan tidak spesifik.
Respon imun > Sum-sum tulang > sel darah putih dalam darah & tisu
+ Berkerja beberapa minit atau jam selepas jangkitan muncul, salah satu tandanya adalah demam.+ Melibatkan bendalir pada mata, lapisan dalam perut, sel epithelia pada kulit dan lapisan usus serta silia pada lapisan udara
Adaptive response :
Berkerja secara berkala dan spesifik
+ Bertindak sedikit lambat kerana ia teliti, mengenal pasti setiap antigen ( musuh ) yang mencerobohi tubuh badan kita, untuk menghasilkan senjata yang spesifik.
+ "Immunologic memory " = ingatan yang baik dan bila penceroboh yang berulang akan lebih cepat dibanteras kerana sudah ada data serta senjata yang spesifik.
+ B cell > Plasma cell > Penghasilan antibodi untuk melawan jangkitan patogen
+ T cells :
1. Helper T cells : bebaskan cytokines & bantu koordinat untuk sel darah putih & B cell
2. Cytotoxic T cells : membunuh secara spesifik
![]() |
1. Pemakanan & minuman
Elakkan : Gula, gluten, makanan proses dan makanan segera
Lebihkan : Makanan sebenar atau "real food" , tinggi nutrisi yang menyokong kesihatan gastrousus seperti probiotik & prebiotik
2. Ubatan
Elakkan : Preskripsi sendiri
Lebihkan : Langkah pencegahan kemerosotan gut flora selepas pengambilan ubatan seperti antibiotik
3.Gaya hidup dan corak pemikiran
Elakkan : Tidur lewat, tekanan berlebihan dan terperap dalam rumah
Lebihkan : Tidur yang berkualiti ( "Beauty Hour" bermula jam 11.00 p.m. , waktu ini HGH dirembeskan, iaitu human growth hormone yang membantu tumbesaran bagi kanak-kanak dan membantu proses repair & reverse kesihatan bagi dewasa ) , kawal tekanan dan pergi beriadah seperti berjemur matahari dan berkaki ayam.
- Sistem imun penting untuk menghalang bendasing dari luar dari mencerobohi badan & penting untuk pastikan sel dalam badan tidak dimutasi
- Untuk elak mutasi sel berlaku, radang haruslah berlaku secara cepat dan tidak berpanjangan ( kronik )
- Sistem imun memainkan peranan yang penting untuk kawal radang
- 70-80% sel imun terletak di gastro usus
- Untuk pastikan sistem imun sihat,hati perlu sihat, dan bermula dari gastro usus yang sihat
Healthy gut,healthy YOU.
#SihatSecaraAlami
#reversekesihatan
#HealthyGutHealthyYou
%20(7).jpg)
%20(10).jpg)

No comments:
Post a Comment