Dari lumpuh , bangun semula : Kisah Atok Atan

 


Pada awal tahun 2023, sekitar bulan Februari - atok saya telah di diagnos dengan tumor atau ketumbuhan dalam otak. Oleh kerana faktor usia, pihak hospital tidak mencadangkan sebarang rawatan susulan. Pada ketika ini atok saya berusia 88 tahun. Sebelum timbulnya tumor otak ini, atok saya adalah pesakit COPD ( Chronic Obstructive Pulmonary Disorder ) dimana kesihatan paru-parunya terjejas, juga pernah di diagnos dengan ketumbuhan pada bahagian tubuh yang lain - juga tiada rawatan diberikan atas faktor usia.
Tumor pada bahagian otak mengakibatkan atok alami lumpuh separuh badan dan hanya mampu terlantar ( bedridden ) Separuh badannya umpama sudah mati. Tangan kaku, kaki kaku dan keras. Dia juga dipakaikan feeding tube untuk tujuan makan dan minum.

Mak saya bawa atok pulang dan buat keputusan untuk ikhtiar secara holisitik. Selain jaga pemakanan , produk yang jadi santapan harian atok saya adalah dari Shuang Hor. Untuk bacaan lanjut, boleh klik link ini >> Shuang Hor.
Pernah ada guru pesan,
selagi bernafas selagi itu masih ada harapan..
Insya’Allah ada sinar walaupun pada usia yang dah melewati senja.

Pada bulan Mei 2023,
saya melawat mak saya dan tiba-tiba saya terdengar suara atok saya dari dalam bilik sedang buat kiraan,
one..two..three..”

Atok ni kira-kira apa pulak,saya cepat-cepat pergi mengintai.
Rupanya, atok saya tengah bersenam, siap buat gaya cycling.
Ya, masih terlantar tak boleh bangun, terlantar tetapi kaki gaya cycling. Boleh bayang tak?
Tak terbayang pun tak apa..

Saya panggil mak saya, saya beritahu dia pemerhatian saya tadi. “ Ma, Tok Atan cycling ma..”
Mak saya tak terkejut dan tak teruja pun. Mak saya kata,
“ Dia exercise lah,
setiap hari dia exercise “ Bukan benda baru untuk dia, baru untuk saya je sebab saya tak tinggal sekali dengan mak.

Zass sekejap sebab adakalanya kita yang sihat ni pun culas nak bersenam.
Tak kata orang, kata kat diri sendiri.

Sepanjang tempoh terlantar, yang saya perasan Atok saya :
+ Tidak merungut atau bersedih tentang situasinya.
+ Walaupun terbaring, dia bercerita tentang nak jalan ke sana ke sini seolah-olah dia akan mampu jalankan hidup seperti sebelum lumpuh. Penuh harapan dan motivasi.
+ Selera makan tetap on dan membuang lancar setiap hari. Masya'Allah, kita yang muda ni pun kadang tak sudah sembelit.
+ Bila ada tetamu datang, dia berborak layan macam biasa. Tak macam orang sakit!
+ Konsisten bersenam.
Settle gaya cycling, dia stretching tangan pulak.

Di penghujung hayat nya,
Tok Atan bukan je dapat gerak both hands and legs,
tetapi dengan izin Allah dia dapat juga support himself untuk duduk dengan sendiri.
( Berjalan je belum boleh, ajal sampai dulu ) Selain itu atok saya juga dapat makan semula tanpa feeding tube, ikutkan sehari dua je dia makan guna tiub tu lepas tu dia cabut dan berdegil nak direct mulut. Dia juga buang air kecil guna urine tube, tapi dah buang air kecil dengan normal banyak bulan sebelum itu, serta tiada isu dengan memori. Dia kenal dan ingat anak cucu semua, serta saudara mara yang datang visit.

Kisah ini jadi peringatan buat saya, determination” yang tidak kenal usia..
Walaupun usia sudah lanjut masih gigih meneruskan hidup walaupun diuji,
apatah lagi jika kita yang masih muda.
Saya seringkali ingat kembali kepada keadaan sebagai motivasi bila saya sedang diuji.

Ujian dalam hidup datang seperti ombak,
adakala kecik,adakala besar melambung,
mungkin kekadang kita tenggelam. Tetapi selagi diizinkan, kita sentiasa ada harapan untuk belajar surf the waves.
Tak setuju takpe.

Bulan September 2023,
Atok Atan telah kembali ke rahmatullah..
Perjalanan yang bakal kita susuli bila tiba waktunya nanti. Innalillahiwainnailaihi rajiun.

Comments

My photo
Mak anak tiga
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik