Thursday, March 30, 2023

Resepi teh detoks : Teh Pudina Lemon 3 Bahan

 Assalamualaikum.. 

Ini kali pertama saya nak cuba resepi ini.
Biasanya saya minum teh oolong tanpa gula, teh oolong ini sangat bagus untuk :-
+ Bantu proses detoks ( terutamanya dalam bulan Ramadhan ini )
+ Bantu tenangkan pemikiran, sekaligus mengurangkan keresahan dan bantu tidur malam yang lebih lena.

Tapi bukan semua orang boleh layan teh O , tawar je rasa kan. 
Nak bagi sedap di tekak, tidak semestinya perlu tambah gula. 

Resepi ini sangat menyegarkan! 
Kalau nak juga tambah pemanis - saya cadang gunakan madu, monk fruit sugar atau paling kurang gula organik. Elak gula putih untuk kekalkan kualiti teh ini sebagai minuman yang sihat.

Teh yang sihat & segar : guna 3 bahan je!

Siap untuk diminum


Bahan-bahan :
1. Teh oolong Lu chun lingzhi tea 
( Bagi yang ingin detail lanjut tentang teh ini, boleh join telegram kami . Link di nota kaki posting ini )
2. Buah lemon 
3. Daun pudina 

Cara penyediaan : 
1. Rebus air dan buat teh seperti biasa
2. Campurkan perahan jus lemon ( saya guna 1/2 biji )
3. Ambil segenggam daun pudina, ramas dan campur sekali.
4. Kacau & sedia untuk dihidang. 

Manfaat Teh Pudina Lemon ini : 
+ Menyegarkan!
+ Bagus untuk masalah penghadaman ( Termasuk mual dan loya )
+ Bagus untk masalah pening-pening kepala
+ Bantu tenangkan emosi ( Disyorkan bagi penghidap anxiety )
+ Bantu tidur malam yang lebih lena
+ Detoks 

Anak-anak pun suka sangat bila buat teh ni, rasa daun pudina tu memang uumph! 

Selamat mencuba.


Segar & sihat

Minuman yang sesuai untuk detoks - Lu chun lingzhi tea


Aishah came 
Distributor ID 2811453 
Telegram : https://t.me/gengsihatsecaraalami
My health blog : https://discoverabouthealth.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.