Seseorang bertanya pada saya "Gula semua sama je kan...?" soalan ini merujuk kepada gula putih VS natural sugars including organic since dia tahu saya been cutting sugar..
Yes sama tapi ada bezanya.
sama dari segi kalau nak lihat sudut GI dan kesan terhadap kenaikan paras glukos dalam darah.
Nama pun gula, tentu akan menaikan paras glukos dalam darah.
Yang beza antara gula putih dan gula asli ( saya petik dari Dr Jue ) :-
i) Penanaman :
Yang pasti bila kita pilih certified organic , tiada pesticides atau racun yang terlibat..
manakala sebaliknya bagi gula putih..
note that gula perang/brown sugar tiada beza dari gula putih kecuali warna.
ii) Cara proses :
Gula putih telah diproses sehingga dirobek semua khasiat, left with zero zat dan nutrisi,
tinggal “gula” semata sahaja dan dalam bentuk yang sangat halus sehingga penyerapan kedalam darah berlaku dengan cepat sekaligus menaikkan paras glukos dalam darah secara mendadak.
Manakala gula asli/organik masih mengandungi zat & nutrisi secara semula jadi yang memainkan peranan untuk release gula kedalam darah secara perlahan-lahan ( tidak mendadak )
iii) Ketagihan :
Dari pengalaman sendiri,
bila stop gula putih - tiada isu craving = no craving, kurang pengunaan gula dalam pemakanan harian.
No sugar no problem.
Walaupun ada gula organik dirumah, ambil masa berbulan untuk habis sebab jarang guna kecuali bila anak-anak habiskan untuk buat dessert.
Apa pun..
Perlu ingat ini hanyalah,
" pilihan gula yang lebih baik compared to gula putih, bukan pilihan gula yang menyihatkan.." Kadang masih ada yang sangka gula asli/organik is sihat,
bukan macam tu.
Ia hanyalah pilihan yang lebih baik jika kita tiada isu kesihatan.
Yang
terbaik
,no sugar at all jika mampu.
( Atau ganti dengan pemanis zero kalori seperti monk fruit sugar/stevia )
Jika ada masalah kesihatan,
tak perlu tunggu sakit kronik,
cukuplah dengan masalah badan banyak angin, gastritis, gerd, alahan atau kecelaruan emosi - gula adalah beban walaupun gula asli/organik,
termasuk lah gula dalam sesetengah buah-buahan..
Sekadar perkongsian..
Makan lah ikut suka as long as faham the pros and cons without perlu judge pilihan orang lain “complicated”
Disebalik setiap pilihan ada 1001 kisah yang kita mungkin tak faham, kita hanya perlu belajar untuk chill, dan hormat cara orang tanpa persoal..
![]() |
| Contoh pilihan gula asli, walaupun harga nampak lebih tinggi tapi percayalah bila tiada isu ketagihan nak habis guna pun makan masa |
![]() |
| Molasses dalam bentuk yang lebih asli berbanding orcs ( organic raw cane sugar ) |
Semoga posting ini bermanfaat.
Join telegram kami untuk update tentang pemakanan "reverse healing"
https://t.me/gengsihatsecaraalami



No comments:
Post a Comment