Wednesday, March 29, 2023

Kedai Organik di Kajang : pencarian jajan sihat untuk anak-anak

 

Jom shopping :)

“Bagi je lah anak makan jajan, sian dia tengok budak lain makan. Teringin jugak dia..”

Bukan tak bagi langsung,
tapi cari pilihan yang lebih sihat. Sometimes, orang label kita macam-macam bila kita tak simply bagi anak makan junk, tapi takpe, chill chill je.
Kita belanja senyuman 😌
Kata-kata yang keluar tanpa memahami pilihan kita abaikan..
Kasut lain-lain, I choose not to explain when people judge.
Bila visit sedara mara dan ada kenduri junk food,
saya izin je anak-anak saya join sekaki as long as bersederhana.
Balik rumah jap lagi kita bagi anak telan banyak-banyak probiotik bersihkan balik perut dan usus 💪🏻

Anak sulung saya pernah ada alergi kulit masa kecik asbab tak kawal pemakanan,
today Alhamdulillah dah tak ada.
As usual - pengalaman adalah guru yang terbaik.
Bila anak sakit,
bukan mudah nak jaga dan pengalaman sakit yang berpanjangan mungkin trauma bagi kanak-kanak itu sendiri.

Kalau ada mak-mak yang mencari jajan sihat untuk anak-anak cuba singgah kedai organik berhampiran rumah anda, crisps/chips gluten free pun ada dah sekarang ☺️
Saya sertakan gambar belakang tabir,
a visit to the organic store 🥬🥗🍳
( p/s : Walaupun lebih sihat, tetap perlu bersederhana ) Lokasi kedai organik ini bagi yang berada di kajang, berada di Prima Saujana. Nama kedai : Nature's pick Organic & Natural Berhadapan dengan Best mark ( kedai barang bakery ) & bersebelahan dengan kedai buku/alatan tulis.
Anak-anak gembira dengan "super ring" versi lebih sihat

Yang mencari pengganti gula dari sumber asli,
boleh try monk fruit sweetener ni.

Pilihan biskut gluten free



Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik.
Muah ciked to #Geng_Mak_Mak 😘

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.