Nak pilih gula yang mana. Banyak perdebatan bila cerita pasal pemilihan gula atau pemanis dalam kehidupan harian
Bila cerita topik gula ni,
yang saya faham - bila kita dah mula sakit,
walaupun sekadar kerap pening, gastrik atau alahan makanan,
sampai perlu restrict makanan kerana “angin” seeloknya stop segala jenis gula,
walaupun organik & natural.
Bagi yang mencari pemanis asli zero kalori : monk fruit sugar & stevia.
Sila elak sebarang produk artificial atau tiruan.
Kekadang ada salah faham tentang gula natural adalah “sihat” dan boleh ambil sesuka hati.
Nooo,kalau kita masih sihat dan bebas penyakit, pilihan gula asli adalah sedikit elok berbanding gula putih bukan bermakna ia sihat dan boleh dimakan secara banyak.
Walaupun ia asli dan natural tetap harus bersederhana.
Kalau boleh elak terus, even better.
Gula natural dan organik ini beza dia dengan gula putih ia tidak diproses hingga hilang nutrisi,
bermakna ia masih mempunyai zat semula jadi.
Bila masuk badan,
jangan lupa ia tetap adalah gula.
Saya tak 100% strict tetapi saya cuba semampu mungkin untuk jaga pemakanan kerana banyak penyakit bermula dari perut yang bermasalah.
Bila kita mula betulkan pemakanan inshaAllah kita sedar, kebanyakan masalah kesihatan datang dari our own habits, gaya hidup dan pemakanan yang tak terkawal
Tak cakap orang lain,
cakap diri sendiri.
Today,
Alhamdulillah,
masalah gastrik dah hilang
masalah pening improved
finally dapat berat badan ideal
no more alahan makanan
dan..
masih berusaha untuk dapatkan kembali kesihatan yang sebelum ini disia-siakan.
Penyakit tak terjadi dalam sehari dua,
nak pulih juga takes time.
Someone once said to me,
“Selagi masih bernafas,
selagi itu ada harapan untuk berusaha.
Nak atau tak nak je..”
Yang sedang berusaha, moga diberi kekuatan untuk istiqamah.
All the best to me,
and you
#SihatsecaraAlami
#Geng_Mak_Mak


No comments:
Post a Comment