Tuesday, July 21, 2026

Ceramah Kesihatan Shuang Hor : Hubung kait usus dengan imuniti


Yang ada masalah kembung, sembelit & ketidakselesaan usus pay attention.

Dari sesi ceramah kesihatan semalam kami baru tahu,
1 daripada 3 orang dewasa ada masalah penghadaman antaranya kembung, sembelit & usus tak selesa.

Isu pada sistem gastrousus,
tidak statik di satu tempat --- Ia akan mula melarat.
FROM GUT TO IMMUNITY.

Antara isu kesihatan yang boleh berpunca dari usus bermasalah,
termasuklah:-
Alahan atau masalah kulit berulang.
Mudah demam selsema.
Cepat letih.
Kerap kembung/sembelit.
Sukar pulih lepas jatuh sakit.

Apa kaitan usus dengan imuniti?
70% Sel imun berada di GALT : Gut-associated lymphoid tissue yang berada di sekitar gastrousus.

Bila sistem imun sihat,
ia bantu kekalkan kesihatan tubuh + percepatkan proses pemulihan + melawan jangkitan.
Namun, jika tak sihat?
Akan berlaku sebaliknya.

Pentingnya mikrobiota yang seimbang,
dimana bakteria baik melebihi bakteria yang memudaratkan supaya 3 perkara ini berjalan dengan lancar :-

1. Penghadaman yang lebih baik
2. Penyerapan nutrien lebih optimum
3. Sokongan sihat sistem imun

Fun fact --- Bakteria usus ada 38 TRILION.
Lebih banyak berbanding sel manusia iaitu hanya 30 trilion sahaja.
Tetapi kerana ia "mikro" = Kecil, berat keseluruhan hanyalah antara 200gm-1kg, bersamaan lebih kurang otak manusia :)

Ancaman kepada ekosistem usus :-
1. Gula berlebihan
2. Tekanan berpanjangan
3. Makanan terproses
4. Pengambilan antibiotik

Jika anda mempunyai simptom seperti,
Perut yang tak selesa / sensitif
Serapan nutrien lemah
Sistem imun tak kuat
Kelesuan kronik

Ini mungkin berpunca dari usus yang sudah HILANG KESEIMBANGAN..


Antara faktor yang boleh bantu seimbangkan semula MIKROBIOTA USUS :-


+ Pemakanan tinggi serat atau prebiotik dan probiotik yang sesuai
Cadangan sokongan lactoberry dengan gabungan
2 strain probiotik iaitu BIFIDOBACTERIUM LACTIS & LONGUM
Terkandung PREBIOTIK
ANTIOKSIDA dari buah beri iaitu raspberi, beri biru & kranberi

Ketiga unsur ini mencapai sinergi usus yang optimum untuk berkerja dengan lebih baik bagi membina semula KESEIMBANGAN DALAM USUS

Bila mikrobiota mula seimbang,
>> Dengan ini penghadaman akan diperbaiki
>> Serapan nutrien akan diperbaiki
>> Sokongan imun akan diperbaiki

Sokongan lain untuk keseimbangan mikrobiota :-

+ Aktiviti fizikal yang sesuai dengan kondisi kesihatan masig-masing
 
+ Tidur & rehat yang mencukupi --- Kawalan stress juga sangat-sangat penting kerana hormon stress yang tinggi antara punca keradangan kronik berlaku dan dalam diam mengakibatkan banyak kerosakan pada tubuh

+ Protein & nutrien yang mencukupi juga penting sebagai "building blocks" untuk bina semula dinding dalaman gastrousus atau organ yang terkesan dari keradangan

-------------------------------------------------------

Bagaimana & bila ganoderma membantu fungsi usus?

+ Fungsi IMMODULASI SISTEM IMUN yang bantu pertingkatkan sistem imun yang sudah rapuh atau hilang balance [ Perhatikan simptom seperti alahan atau mudah jatuh sakit, jangkitan berulang ]

+ Ganoderma fokus kepada 5 sel imun yang utama iaitu FAGOSIT, NK CELL, SEL T, SEL B & ANTIBODI

+ Ganoderma dari Shuang Hor bukan saja mendapat pengiktirafan saitifik, malah mendapat jaminan keselamatan.
Ia menyokong fungsi sistem imun yang sihat, ia menawarkan perlindungan keatas organ hati dan IA TIDAK MENJADI MUDARAT.

Secara ringkas,
bagi yang dah lama ada isu penghadaman kronik dan ingin kukuhkan semula kesihatan dari dalam --- fokus kepada kesihatan usus + sistem imun yang seimbang.

Kesihatan kita 5-10 tahun yang akan datang, bermula dengan baja yang kita siram setiap hari bermula hari ini.
Cuba lihat pemakanan & gaya hidup kita seharian,
menyumbang kepada kesihatan atau sebaliknya.

---------------------------------------

Ceramah kesihatan di Shuang Hor adalah percuma untuk ahli.
Jika perlukan bantuan untuk daftar ahli

Abd Razif & Aishah Came
Shuang Hor Distributor ID 2811453 

Untuk pertanyaan melalui whatsapp/telefon,
hubungi kami di  : 018-2365920


Telegram Sihat Secara Alami kami : https://t.me/gengsihatsecaraalami

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Ini bukan platform rundingan kesihatan. Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Pastikan anda merujuk kepada pakar yang sesuai sebelum melaksanakan sebarang tindakan.