Wednesday, July 22, 2026

Testimoni Shuang Hor : Buah Pinggang Bocor

Bersama Pn Aminah ( No2 dari kanan )
Pn Aminah - Pengguna Shuang Hor sejak 1995

 Assalamualaikum. 

"Lingzhi selamat ke?"
"Lingzhi ni tak bebankan organ ke?" 

Kenapa kami suka berkongsi testimoni atau pengalaman pengguna lama berbanding yang baru makan sebulan dua?
Inilah bukti lingzhi atau ganoderma selamat, 
selain jaminan keselamatan dari Shuang Hor. 

Hari ini saya nak kongsikan kisah Puan Aminah, yang menghidapi masalah buah pinggang bocor dan mula amal lingzhi pada tahun 1995. 
Zaman itu yang ada hanyalah Jia Hor lingzhi, 
belum ada CEO Coffee atau lingzhi targeted yang lain. 

Setelah 2 tahun konsisten amal Jia Hor lingzhi dan menjaga pemakanan ikut saranan doktor, 
pada tahun 1997 Puan Aminah disahkan tiada lagi isu buah pinggang bocor. 
Doktor sahkan sudah sembuh. 

Hari ini, lebih 30 tahun sudah berlalu Puan Aminah masih teruskan consume lingzhi. 

"Kalau dah sihat kenapa masih makan lingzhi?" 

Uniknya lingzhi adalah ia sokong fitrah tubuh, 
jika ada isu kesihatan --- Dos lebihkan. 
Jika sihat atau sekadar untuk pencegahan --- Dos lebih rendah. 

Kerana itu nak cuba lingzhi, perlu dengan kefahaman. 
1. Faham keperluan tubuh 
2. Faham fungsi lingzhi
3. Faham bahawa testimoni orang lain bukan jaminan kesembuhan 

Lingzhi bukan ubat. 
Lingzhi bukan suplemen. 

Lingzhi tidak bertindak secara spesifik keatas satu-satu penyakit, 
tetapi ia bantu urus kesihatan secara fitrah dari akar. 

Lingzhi adalah makanan kesihatan yang berfungsi. 
Ia bertindak sebagai "immunomodulator" yang bantu seimbangkan sistem imun. 
Ia bertindak melindungi organ penting, terutamanya hati.
Ia bantu uraikan trombus dalam salur darah. 
Ia bantu perbaiki kualiti darah.

Saya kenal lingzhi Shuang Hor pada tahun 1998 kerana nenek saya ambil untuk isu kesihatan jantungnya. 
Saya sendiri mula amal dengan konsisten sejak hujung tahun 2022, 
dan masih lagi sehingga hari ini. 

Jia Hor Lingzhi
Lingzhi pertama keluaran Shuang Hor pada tahun 1987
Masih ada lagi sehingga hari ini


Jika nak berikhtiar secara holistik, dari akar.
Apa yang perlu kita buat?

Beri diri anda masa,
dan insya’Allah masanya akan tiba.
Sesuai aturan-Nya.

Ingin berikhtiar dengan lingzhi @ ganoderma?
Lingzhi Shuang Hor antara yang terbaik kualiti di dunia.

Bagi yang ingin konsultasi lanjut mengikut kesesuaian produk Shuang Hor untuk masalah kesihatan individu, 
boleh rujuk dengan upline masing-masing.

-------------------------------------------------------------------------

Note :
Bagi yang belum ada upline, untuk konsultasi dengan kami boleh whatsapp number dibawah.

" We grow great by dreams "

Abd Razif & Aishah Came
Shuang Hor Distributor ID 2811453 

Untuk pertanyaan melalui whatsapp/telefon,
hubungi kami di  : 018-2365920


Telegram Sihat Secara Alami kami : https://t.me/gengsihatsecaraalami
My health blog : https://discoverabouthealth.blogspot.com

Tuesday, July 21, 2026

Ceramah Kesihatan Shuang Hor : Hubung kait usus dengan imuniti


Yang ada masalah kembung, sembelit & ketidakselesaan usus pay attention.

Dari sesi ceramah kesihatan semalam kami baru tahu,
1 daripada 3 orang dewasa ada masalah penghadaman antaranya kembung, sembelit & usus tak selesa.

Isu pada sistem gastrousus,
tidak statik di satu tempat --- Ia akan mula melarat.
FROM GUT TO IMMUNITY.

Antara isu kesihatan yang boleh berpunca dari usus bermasalah,
termasuklah:-
Alahan atau masalah kulit berulang.
Mudah demam selsema.
Cepat letih.
Kerap kembung/sembelit.
Sukar pulih lepas jatuh sakit.

Apa kaitan usus dengan imuniti?
70% Sel imun berada di GALT : Gut-associated lymphoid tissue yang berada di sekitar gastrousus.

Bila sistem imun sihat,
ia bantu kekalkan kesihatan tubuh + percepatkan proses pemulihan + melawan jangkitan.
Namun, jika tak sihat?
Akan berlaku sebaliknya.

Pentingnya mikrobiota yang seimbang,
dimana bakteria baik melebihi bakteria yang memudaratkan supaya 3 perkara ini berjalan dengan lancar :-

1. Penghadaman yang lebih baik
2. Penyerapan nutrien lebih optimum
3. Sokongan sihat sistem imun

Fun fact --- Bakteria usus ada 38 TRILION.
Lebih banyak berbanding sel manusia iaitu hanya 30 trilion sahaja.
Tetapi kerana ia "mikro" = Kecil, berat keseluruhan hanyalah antara 200gm-1kg, bersamaan lebih kurang otak manusia :)

Ancaman kepada ekosistem usus :-
1. Gula berlebihan
2. Tekanan berpanjangan
3. Makanan terproses
4. Pengambilan antibiotik

Jika anda mempunyai simptom seperti,
Perut yang tak selesa / sensitif
Serapan nutrien lemah
Sistem imun tak kuat
Kelesuan kronik

Ini mungkin berpunca dari usus yang sudah HILANG KESEIMBANGAN..


Antara faktor yang boleh bantu seimbangkan semula MIKROBIOTA USUS :-


+ Pemakanan tinggi serat atau prebiotik dan probiotik yang sesuai
Cadangan sokongan lactoberry dengan gabungan
2 strain probiotik iaitu BIFIDOBACTERIUM LACTIS & LONGUM
Terkandung PREBIOTIK
ANTIOKSIDA dari buah beri iaitu raspberi, beri biru & kranberi

Ketiga unsur ini mencapai sinergi usus yang optimum untuk berkerja dengan lebih baik bagi membina semula KESEIMBANGAN DALAM USUS

Bila mikrobiota mula seimbang,
>> Dengan ini penghadaman akan diperbaiki
>> Serapan nutrien akan diperbaiki
>> Sokongan imun akan diperbaiki

Sokongan lain untuk keseimbangan mikrobiota :-

+ Aktiviti fizikal yang sesuai dengan kondisi kesihatan masig-masing
 
+ Tidur & rehat yang mencukupi --- Kawalan stress juga sangat-sangat penting kerana hormon stress yang tinggi antara punca keradangan kronik berlaku dan dalam diam mengakibatkan banyak kerosakan pada tubuh

+ Protein & nutrien yang mencukupi juga penting sebagai "building blocks" untuk bina semula dinding dalaman gastrousus atau organ yang terkesan dari keradangan

-------------------------------------------------------

Bagaimana & bila ganoderma membantu fungsi usus?

+ Fungsi IMMODULASI SISTEM IMUN yang bantu pertingkatkan sistem imun yang sudah rapuh atau hilang balance [ Perhatikan simptom seperti alahan atau mudah jatuh sakit, jangkitan berulang ]

+ Ganoderma fokus kepada 5 sel imun yang utama iaitu FAGOSIT, NK CELL, SEL T, SEL B & ANTIBODI

+ Ganoderma dari Shuang Hor bukan saja mendapat pengiktirafan saitifik, malah mendapat jaminan keselamatan.
Ia menyokong fungsi sistem imun yang sihat, ia menawarkan perlindungan keatas organ hati dan IA TIDAK MENJADI MUDARAT.

Secara ringkas,
bagi yang dah lama ada isu penghadaman kronik dan ingin kukuhkan semula kesihatan dari dalam --- fokus kepada kesihatan usus + sistem imun yang seimbang.

Kesihatan kita 5-10 tahun yang akan datang, bermula dengan baja yang kita siram setiap hari bermula hari ini.
Cuba lihat pemakanan & gaya hidup kita seharian,
menyumbang kepada kesihatan atau sebaliknya.

---------------------------------------

Ceramah kesihatan di Shuang Hor adalah percuma untuk ahli.
Jika perlukan bantuan untuk daftar ahli

Abd Razif & Aishah Came
Shuang Hor Distributor ID 2811453 

Untuk pertanyaan melalui whatsapp/telefon,
hubungi kami di  : 018-2365920


Telegram Sihat Secara Alami kami : https://t.me/gengsihatsecaraalami

Friday, May 29, 2026

Bebas isu angin, gastrik & refluks? Ini protokol saya

Bismillah.. 
Perkongsian protokol atau amalan saya hanyalah sebagai perkongsian pengalaman dan untuk sampaikan satu harapan - kesihatan yang hilang boleh dikembalikan, insya'Allah. 

Ikhtiar dengan ilmu, 
berserah kepada Allah SWT.

Sebelum saya sedar saya ada masalah kesihatan, bertahun-tahun saya abai "signal" badan. 

1. Masalah angin
2. Serangan gastrik 
3. Migrain
4. Loya bila naik kereta
5. Adakala sampai muntah bila salah makan
6. Underweight
7. Kepala melayang
8. Berdebar-debar 
9. Dan banyak lagi simptom..

Ramai sangka,
nak reverse isu kesihatan cukup dengan urus kesihatan gastrousus sahaja. 

Dalam pendekatan holisitik, belum cukup. 

Jalan ini melibatkan 2 fasa. 
Yang pertama, urus kesihatan gastrousus.
Yang kedua, sokong fungsi hati. 

Untuk posting ini, kita fokus pada sokongan gastrousus dan secara spesifik untuk bantu urus ketidakselesaan isu angin, gastrik & refluks.
Bab sokongan hati kami hanya bimbing dalam sesi tertutup.


Ini 7 amalan saya untuk urus isu angin & gastrik dalam masa 6 bulan.

Alhamdulillah,
tahun ini masuk tahun ke-6 bebas isu angin 💚

1. Berpuasa.
Saya hanya amal puasa Isnin & Khamis.
Atas sebab tertentu saya tak amal IF & puasa lain.
Saya prefer yang simple dan kurang risiko kacau kitaran hormon badan.
2. Kurangkan atau yang lebih baik stop terus gula & karbo ringkas.
• Saya stop roti, biskut dan cereal secara total.
Asalnya inilah makanan harian saya 🥹
• Gula pasir, gula organik & lain-lain gula natural juga saya stop dalam masa 6 bulan ini.
3. Stop makanan trigger & paling mudah elak semua junk food.
Antara makanan yang saya tak sentuh dalam 6 bulan ini;-
🔺Daging proses - termasuklah burger, nugget,sosej, fishball, kentang frozen & kenkawan dia.
🔺Nasi goreng
🔺Nasi lemak
🔺Sambal
🔺Kuih muih bergoreng & yang manis
🔺Masakan salur tepung bergoreng
🔺Buah saya banyak tak boleh makan, saya banyak makan jambu batu. Low GI, high in Vitamin C.
🔺Apa-apa yang trigger angin, saya elak.
Ada yang tak sentuh terus hingga hari ini.
4. Utamakan protein sumber baik & lemak sihat.
• Saya jenis tak makan banyak,
jadi saya cuba untuk lebihkan telur.
Asalnya saya bukan peminat telur pun 🤭
Cubalah sikit-sikit jika tak dapat banyak.
Nak sihat kan.
Tak mudah.
Tak juga susah.
• Selain itu boleh cuba avocado, chia seeds atau greek yogurt.
Pemilihan makanan ni fleksibel, ikutlah selera masing-masing,
cuma pastikan pilih yang ada zat.
5. Masak simple pun cukup asalkan padat nutrisi. Antara menu yang boleh anda cuba :-
🔸 Bone broth
🔸 Vegetable broth
🔸 Sup ikan
🔸 Masakan singgang
Note :
Dalam 6 bulan ini saya masih makan nasi putih,
tetapi minima kerana ini antara makanan yang boleh saya makan waktu itu.
6. Mula amal air secukupnya.
• Berapa liter?
Cara saya minum bila haus.
Dalam pendekatan holistik, keperluan tubuh setiap orang berbeza.
Belajar kenal tubuh sendiri.
7. Sokongan makanan kesihatan untuk cukupkan nutrisi harian.
🔺Perut & usus yang keradangan mungkin ada isu low stomach acid, usus bocor dan pergerakan otot yang lemah.
Ini semua akan ganggu penghadaman, pencernaan, penyerapan nutrisi dan penyingkiran najis pada waktu yang tepat.
Dalam masa 6 bulan ini,
sokongan nutrisi tambahan saya hanya 2 ini :-
🔸Set perut Shuang Hor yang menggabungkan 3 perkara,
JH Soya protein + JH Hi fibre + Lacto-berry.
[ Shake yang siap dibancuh seperti dalam gambar ]

Saya pilih set ini kerana cukup 5 kelengkapan nutrisi essential untuk gut health iaitu protein, enzim, probiotik, prebiotik/serat & hidrasi
8. Untuk sokongan yang lebih baik,
boleh buat senaman ringan seperti brisk walking.
Sambil jalan, boleh juga grounding atau berjemur matahari.
( Yang ini saya start lewat sikit. Lepas dah selesai urus isu angin )

Alhamdulillah,
walaupun my reverse journey belum selesai,
tahun ini masuk tahun ke 5 bebas isu angin.
💚Boleh makan durian tak pening.
💚Boleh naik kereta tak loya.
💚Boleh makan kenduri tak sebu.
💚Boleh makan gluten tak kembung.
💚Boleh minum kopi tanpa risau.

Saya pilih the holistic way.
Iaitu,
sokong pemulihan fungsi sistem gastrousus dari akar.
From the root cause.
Ini cara saya.
Yang tak setuju takpe.
Ilmu itu luas,
kajilah sampai puas. Saya ada ambil lingzhi atau ganoderma Shuang Hor, tetapi perkongsian hanya dalam sesi tertutup.

Bagi yang ingin konsultasi lanjut mengikut kesesuaian produk Shuang Hor untuk masalah kesihatan individu, boleh rujuk dengan upline masing-masing.

Note :
Bagi yang belum ada upline,
untuk daftar atau konsultasi dengan kami boleh whatsapp
 number dibawah.

" We grow great by dreams "

Abd Razif & Aishah Came
Shuang Hor Distributor ID 2811453 

Untuk pertanyaan melalui whatsapp/telefon,
hubungi kami di  : 018-2365920


Telegram Sihat Secara Alami kami : https://t.me/gengsihatsecaraalami
My health blog : https://discoverabouthealth.blogspot.com
.

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Ini bukan platform rundingan kesihatan. Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Pastikan anda merujuk kepada pakar yang sesuai sebelum melaksanakan sebarang tindakan.