Reverse Kesihatan secara Holistik

 Assalamualaikum..
Kaedah rawatan holistik semakin mendapat nama pada hari ini. 

Sebelum saya ceritakan tentang kaedah holistik ini, ingin saya buat penafian :-
Memilih kaedah holistik tidak bererti kita menolak rawatan lain seperti alopati terutamanya,
memandangkan kaedah pendekatan juga berbeza,
ini juga bukan perbandingan dengan kaedah rawatan lain.
Ini hanyalah satu pilihan sebagai ikhtiar yang dipilih kerana menggunakan sumber alami dan
tiada kesan sampingan.

Carta "reversal path" oleh Dr.Bernard Jensen
Yang menerangkan proses kejadian penyakit,
dan bagaimana untuk patah balik..

Konsep holistik adalah menyeluruh,
bermakan ia tidak melibatkan pemakanan semata-mata. 
Tetapi ia melibatkan keseluruhan aspek iaitu - pemakanan, gaya hidup dan corak pemikiran

Masih ramai yang bertanya tentang,
"Nak makan produk apa?"
"Nak makan berapa lama?"
"Apa jaminan ikut cara ini akan sembuh?" 

Sejujurnya, ikhtiar cara mana pun kita harus ingat bahawa kita hanya mampu berusaha,
kesembuhan itu milik Allah SWT. 
Tiada siapa yang boleh beri jaminan bila melibatkan kesembuhan.. 

Nak makan apa dan berapa lama juga soalan yang kurang tepat. 
Kaedah holistik bukan tentang mencari pil ajaib, atau pemakanan sementara,
tetapi ia tentang mengubah tabiat diri supaya..
kembali kepada fitrah dalam usaha untuk perbaiki keadaan tubuh badan kita.  

Lingzhi Shuang Hor hanyalah alat untuk bantu proses detoks dan perbaiki keadaan badan, 
namun pemakanan harian, gaya hidup dan corak pemikiran tetap mempengaruhi kesihatan kita. 

Dalam holisitik, 
kita perlu berbalik pada real food dan tinggalkan fake food seperti makanan tinggi proses, 
makanan segera dan makanan yang terkandung trans fat. 
Selain itu, sangat penting untuk tidur pada waktu yang betul. 
Waktu tidur yang lewat membebankan kesihatan hati dan mengakibatkan kekacauan hormon kortisol dalam badan. 
Jika melihat kepada posting tentang penyakit psikosomatik pula,
saya ada tulis tentang apa kaitan pemikiran yang sihat dengan tubuh badan yang sihat. 

Secara ringkas,
holistik melibatkan pemakanan + gaya hidup + corak pemikiran = tahap kesihatan
Bila kita mula perbaiki kesemua diatas, 
kita mula kurangkan toksin dalam hidup, 
kita tingkatkan pengambilan nutrisi, 
maka lama-lama insya'Allah organ & fungsi sistem organ dapat diperbaiki. 

Kita tak perlu susah-susah nak urus penyakit,
Allah SWT dah kurniakan sistem imun untuk urus penyakit. Kita hanya perlu usaha untuk
seimbangkan semula fungsi sistem imun,
dan insya'Allah satu per satu isu kesihatan kita akan diuruskan. 
Inilah konsep holistik. 
Kita bukan cari ubat tetapi kita perbaiki apa yang ada dalam badan kita,
seorang guru pernah berkata "Our body is the best doctor" dan tentulah kata-kata ini benar,
kerana kita ciptaan yang sempurna. 
Cuma ramai yang lupa untuk hargai kesihatan sehinggalah kesihatan itu diambil dari kita.

Di Shuang Hor, kita diberikan konsultasi dan pendidikan kesihatan
percuma sebelum mengambil produk

Note : Bagi yang ingin ikhtiar dengan produk Shuang Hor,

boleh lihat preview dalam group telegram kami.

Aishah came 
Distributor ID 2811453 
Telegram Sihat secara Alami : https://t.me/gengsihatsecaraalami



Comments

My photo
Mak anak tiga
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik