Thursday, January 18, 2024

Kenapa orang tua kerap jatuh dalam tandas?


Biasa tak dengar orang tua-tua jatuh dalam tandas?

Baru-baru ni seorang doktor menerangkan mengapa kekerapan terjatuh dalam tandas ini melibatkan warga tua lebih berbanding warga muda :-

Punca yang biasa adalah,
penurunan tekanan darah semasa mandi atau semasa membuang air kecil/besar yang mengakibatkan rasa pitam, terutamanya jika meneran semasa membuang.

Salah satu faktor yang meningkatkan risiko ini adalah sembelit.

Risiko terjatuh lebih kerap berlaku pada orang tua yang sedia ada mengambil ubatan untuk turunkan tekanan darah.

Sembelit menjadi musuh bagi orang tua kerana bukan saja najis terkumpul lebih dari tempoh yang sepatutnya, malah semakin lama semakin sukar untuk membuang bila najis mengeras.
Maka, perlu teran bila membuang.

Bagi yang menjaga warga tua, boleh bantu pastikan pembuangan mak ayah anda lancar & lawas untuk elak meneran.

Bagi yang masih muda, keadaan ini boleh dijadikan iktibar untuk kita.
Jaga gastrousus dari awal, usaha utk bebaskan diri dari sembelit starting from today.

Bila dah jadi habit sembelit bertahun,
jika usus dah sluggish bukan mudah utk reverse. Ubat atau minuman pelawas bukan solusi untuk uruskan sembelit secara sihat,
malah melemahkan otot jika diambil berterusan.

All Disease Begins In The Gut.
Healthy gut,healthy YOU.

#SihatSecaraAlami 
#reversekesihatan
#HealthyGutHealthyYou

 

Tuesday, January 16, 2024

Reverse Kesihatan secara Holistik

 Assalamualaikum..
Kaedah rawatan holistik semakin mendapat nama pada hari ini. 

Sebelum saya ceritakan tentang kaedah holistik ini, ingin saya buat penafian :-
Memilih kaedah holistik tidak bererti kita menolak rawatan lain seperti alopati terutamanya,
memandangkan kaedah pendekatan juga berbeza,
ini juga bukan perbandingan dengan kaedah rawatan lain.
Ini hanyalah satu pilihan sebagai ikhtiar yang dipilih kerana menggunakan sumber alami dan
tiada kesan sampingan.

Carta "reversal path" oleh Dr.Bernard Jensen
Yang menerangkan proses kejadian penyakit,
dan bagaimana untuk patah balik..

Konsep holistik adalah menyeluruh,
bermakan ia tidak melibatkan pemakanan semata-mata. 
Tetapi ia melibatkan keseluruhan aspek iaitu - pemakanan, gaya hidup dan corak pemikiran

Masih ramai yang bertanya tentang,
"Nak makan produk apa?"
"Nak makan berapa lama?"
"Apa jaminan ikut cara ini akan sembuh?" 

Sejujurnya, ikhtiar cara mana pun kita harus ingat bahawa kita hanya mampu berusaha,
kesembuhan itu milik Allah SWT. 
Tiada siapa yang boleh beri jaminan bila melibatkan kesembuhan.. 

Nak makan apa dan berapa lama juga soalan yang kurang tepat. 
Kaedah holistik bukan tentang mencari pil ajaib, atau pemakanan sementara,
tetapi ia tentang mengubah tabiat diri supaya..
kembali kepada fitrah dalam usaha untuk perbaiki keadaan tubuh badan kita.  

Lingzhi Shuang Hor hanyalah alat untuk bantu proses detoks dan perbaiki keadaan badan, 
namun pemakanan harian, gaya hidup dan corak pemikiran tetap mempengaruhi kesihatan kita. 

Dalam holisitik, 
kita perlu berbalik pada real food dan tinggalkan fake food seperti makanan tinggi proses, 
makanan segera dan makanan yang terkandung trans fat. 
Selain itu, sangat penting untuk tidur pada waktu yang betul. 
Waktu tidur yang lewat membebankan kesihatan hati dan mengakibatkan kekacauan hormon kortisol dalam badan. 
Jika melihat kepada posting tentang penyakit psikosomatik pula,
saya ada tulis tentang apa kaitan pemikiran yang sihat dengan tubuh badan yang sihat. 

Secara ringkas,
holistik melibatkan pemakanan + gaya hidup + corak pemikiran = tahap kesihatan
Bila kita mula perbaiki kesemua diatas, 
kita mula kurangkan toksin dalam hidup, 
kita tingkatkan pengambilan nutrisi, 
maka lama-lama insya'Allah organ & fungsi sistem organ dapat diperbaiki. 

Kita tak perlu susah-susah nak urus penyakit,
Allah SWT dah kurniakan sistem imun untuk urus penyakit. Kita hanya perlu usaha untuk
seimbangkan semula fungsi sistem imun,
dan insya'Allah satu per satu isu kesihatan kita akan diuruskan. 
Inilah konsep holistik. 
Kita bukan cari ubat tetapi kita perbaiki apa yang ada dalam badan kita,
seorang guru pernah berkata "Our body is the best doctor" dan tentulah kata-kata ini benar,
kerana kita ciptaan yang sempurna. 
Cuma ramai yang lupa untuk hargai kesihatan sehinggalah kesihatan itu diambil dari kita.

Di Shuang Hor, kita diberikan konsultasi dan pendidikan kesihatan
percuma sebelum mengambil produk

Note : Bagi yang ingin ikhtiar dengan produk Shuang Hor,

boleh lihat preview dalam group telegram kami.

Aishah came 
Distributor ID 2811453 
Telegram Sihat secara Alami : https://t.me/gengsihatsecaraalami



Tuesday, January 9, 2024

Penyakit Psikosomatik : hubungkait mental dengan masalah kesihatan fizikal

Bismillah.. 
Bagi yang sedang diuji dengan masalah kesihatan, pernah tak terfikir kemungkinan penyakit yang datang dipengaruhi oleh kecelaruan mental? 

Contoh seperti, 
stress yang berpanjangan, trauma waktu kecil atau trauma lampau,
kemurungan ( depression ) dan keresahan ( anxiety )

Penyakit psikosomatik atau psychosomatic illness adalah masalah kesihatan fizikal,
yang dikatakan tercetus disebabkan pengaruh kecelaruan mental. 

Dalam buku penulisan Dr Andrew Weil,
Spontaneous Healing
ada menyentuh tentang
hubungkait mental dengan fizikal

Antara masalah kesihatan yang dikatakan penyakit psychosomatic :-
+Masalah pernafasan, termasuk asthma
+Rheumatoid arthritis ( Sejenis penyakit autoimun )
+Gangguan sistem penghadaman, termasuk peptic/gastric ulcer & ulcerative colitis
+Dermatitis

Simptom yang mungkin anda hidapi :-
-Darah tinggi
-Kerap letih/lesu tanpa sebab yang ketara
-Insomnia ( Sukar tidur malam )
-Pening/migraine
-Nafas pendek/sukar bernafas
-Sakit atau sengal sendi/otot

Selain isu mental, punca yang menjadikan keadaan fizikal kita semakin merosot adalah gaya hidup yang tidak dijaga,
dan ditambah dengan pemakanan yang zero nutrisi,
maka secara perlahan tahap kesihatan merosot sedikit demi sedikit dan boleh melarat menjadi masalah kesihatan yang jauh lebih serius.

Saya pernah berkongsi tentang gut-brain-axis, tentang hubung kait gastrousus dengan otak.
Ini antara sebab dalam kaedah holistik,
corak pemikiran juga main peranan yang penting dalam ikhtiar untuk “reverse kesihatan”

Bermula dengan baik pulih gastrousus,
diikuti dengan perbaiki gaya hidup,
disudahi dengan mencorak pemikiran kearah yang lebih tenang.

Gut-Brain-Axis

Slowly, but surely.. Kepada yang sedang berusaha,walaupun kita rasa langkah kita kecil, progress is progress.
Pesan guru, “Lambat atau cepat tak penting. Yang penting, buat sampai jadi..”

#Geng_mak_mak
#reversekesihatan



Friday, January 5, 2024

Testimoni : Rahim bengkak ikhtiar dengan Shuang Hor


 Assalamualaikum.. 
Baru-baru ni saya dikejutkan dengan satu testimoni yang pada saya hasil nampak agak cepat melibatkan isu rahim bengkak. 

Ramai dari kita tahu,rahim ini tempat memegang bayi bila ibu mengandung. 
Selain itu, rahim juga merupakan bahagian yang penting dalam kitar haid bila wanita tidak mengandung. 
Proses haid adalah penting supaya darah yang perlu keluar dapat keluar,
dan tidak mencetus masalah kesihatan.

Proses kitar haid yang terganggu secara sengaja atau tidak,
boleh mengakibatkan kemunculan pelbagai penyakit lain di kemudian hari.
Bukan hal yang kecil bila kitar haid terganggu. 

Berbalik pada isu rahim bengkak tadi, 
seorang akak yang berusia 54 tahun dan dikatakan sudah menapos ( menapause )
Bila ditanya tentang sejarah haid, 
yang sedikit luar biasa ialah tiada nifas pada tahun dia melahirkan anak bongsunya.

Rahim bengkak : diagnos pada September 2023 
Kos operation dalam RM12,000.00 

Akak ini minta doktor masa,
untuk ikhtiar cara alami.

Permulaannya akak ini amalkan set perut + YK Bee Pollen Granular + YK Ganoderma 2 
Kemudian diteruskan dengan YK Ganoderma.

Healing crisis
( Krisis penyembuhan ) yang dilalui :-
Pembuangan jadi banyak, ari-ari terasa sangat sakit, banyak kencing dan keluar darah yang banyak seperti period.

Pada Oktober 2023, akak tadi pergi check up dan doktor update result pada November 2023,
alhamdulillah komen doktor akak tadi tiada masalah rahim dan pembedahan tidak perlu dilakukan.

Produk yang diamal oleh akak tadi,
sebagai ikhtiar untuk rahim bengkak.

Dengan izin Allah insya'Allah ikhtiar kita berhasil. 
Walau bagaimanapun,  
harus kami ingatkan tempoh nampak kesan mungkin berbeza bagi individu yang berlainan. 
Jika nak cuba produk Shuang Hor, 
tidak cukup dengan memilih produk tetapi penting untuk faham apa fungsi produk supaya kita amal dengan cara yang betul.

" We grow great by dreams "

Abd Razif & Aishah Came
Shuang Hor Distributor ID 2811453 

Untuk pertanyaan melalui whatsapp/telefon,
hubungi kami di  : 018-2365920


Telegram Sihat Secara Alami kami : https://t.me/gengsihatsecaraalami
My health blog : https://discoverabouthealth.blogspot.com

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.