Sunday, February 19, 2023

Yang mana lebih sihat,Butter atau margarine?

 

Butter vs margarine 🧈
Nak pilih yang mana..

Pernah tengah beli grocery ada makcik diri kat tepi,intai-intai bakul kita.
Kita senyum-senyum jelah dia pun senyum balik 😅

Kejap lagi baru dia bersuara,
“dik, kenapa adik ambik yang tu (tunjuk barang dalam bakul saya ),
bukan yang ni ( tunjuk barang di tangan dia ) “
Tetiber sis jadi promoter tak bertauliah kejap kat situ 😬

Ada “sayuran” dalam senarai bahan-bahan tak semestinya sihat.
Contoh :-
Bila nak pilih sapuan atau buat kuih muih,
why I choose butter ✅
not margarine ❌

✅Butter ( Better if grass fed )
+ Sumber alami dan not highly processed iaitu dari krim susu, kebiasaanya susu lembu.
+ Masih terkandung nutrisi yang diperlukan oleh badan, termasuk sesetengah jenis vitamin.
+ Lebih mudah dikenalpasti oleh sistem badan untuk diguna pakai dan lebih mudah untuk diproses.

❌Margarine
+ Walaupun sumber dari minyak sayuran - ia adalah product yang telah diproses, tidak stabil dan jauh beza struktur lemak dari bentuk alami.
+ Bila melalui pemprosesan,
nutrisi hilang ( sama juga macam gula putih,highly processed hingga tiada nutrisi )
+ Mengandungi trans fat yang menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan.
( Bukan fat dalam bentuk alami maka ia menjadi beban kepada badan dan sukar untuk diproses oleh badan.
Pernah baca trans fat ni lemak tapi perangai macam plastik.
Lemak trans ini biasanya dikaitan dengan masalah jantung & sumbatan dalam salur darah )

p/s: Kalau nama dia ada “butter” jangan cepat terpedaya.
Double check ingredients to make sure it is really butter. Kalau ada campuran vegetable oil it is not real butter.

Keluarga sihat, bermula dari dapur yang sihat. InshaAllah.
Tak setuju takpe ✌️
Muah ciked to #Geng_Mak_Mak 😘

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.