Wednesday, February 15, 2023

Ulam raja : senang nak tanam dan banyak manfaat


Bismillah.. 
Dalam journey makan sihat ni satu perkara yang mungkin jadi kerisauan ramai orang ialah sayuran. 

Sayuran dari Negara China agak meragukan kualiti untuk kesihatan.
Tahukah anda? Ada satu perkampungan di Negara China yang dikenali sebagai "Cancer village" kerana penduduknya ramai yang menghadapi kanser. 
Sebab utamanya kerana pencemaran tanah dan air yang teruk disini akibat dari aktiviti pertanian dari kawasan berhampiran. 

Untuk pilihan yang lebih toyyib, cubalah projek tanaman yang simple dirumah anda, jika tiada tanah dalam pasu pun boleh! 

Ulam raja antara pokok ulam yang mudah dan senang bercambah pada pendapat saya.
Dapatkan biji benih dari bunga ulam raja yang sudah kering atau beli je di shopee dan campak di tanah. 

Kebun urban bila jarang trim


Tips :
Sebelum tanam, untuk sediakan kompos organik,
boleh ratakan kulit buah-buahan yang kita dah kupas ( jangan buang ) pada tanah dan tunggu seminggu dua sehingga mereput sebelum menanam dan pastikan pilih tempat yang terdedah kepada matahari.

Antara 5 manfaat ulam raja kepada kesihatan : 

1.Tinggi anti-oksidan
Anti-oksida berfungsi melawan radikal bebas dan dikaitkan dengan awet muda,
bukan sahaja luaran tetapi juga dalaman

2.Anti-radang
Bila ketidakseimbangan berlaku dalam badan, sering timbul keradangan sama ada kita sedar atau tidak. 
Sangat penting untuk kawal radang supaya tidak melarat hingga jadi isu kesihatan yang lebih serius.

3.Mengawal tekanan darah 
Nak lebih efisyen untuk kawal darah, perlu bijak tangani tekanan :) 

4.Dikatakan bermanfaat untuk mengawal kadar gula dalam darah. 
Tetapi..jangan fokus kawal gula sahaja, perbaiki pemakanan supaya pankreas kita juga dapat pulih semula supaya dapat berfungsi seperti sediakala.

5.Membantu menurunkan lemak dan kolestrol dalam darah.  

Disini saya sertakan contoh gambar biji benih ulam raja dan pokok ulam raja yang membesar lebih dengan sihat.

Selamat bercucuk tanam #Geng_Mak_Mak ❤


Boleh petik makan fresh


Biji benih ulam raja

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.