Tuesday, February 28, 2023

Testimoni : Masalah hormon tidak seimbang ( Hormone imbalance ) penyelesaian cara alami & selamat

 Assalamualaikum.. 

Hari ini saya nak kongsikan satu testimoni pengguna produk shuang hor yang alami masalah "hormone imbalance" sehingga mengakibatkan simptom berikut :
+ Period yang berlarutan sehingga sebulan lamanya
+ Vertigo & fatigue ( Lemah, lesu )
+ Cepat marah 

Beliau mendapatkan nasihat doktor dah diberikan pil perancang untuk mengatasi masalah haid yang berlarutan tadi. 

Ramai yang tak mahu bergantung pada pil rancang untuk jangka masa yang panjang kerana kesan sampingan. Puan ini kemudian buat keputusan untuk cuba produk shuang hor, 
dia amalkan :- 
1. Yung kien ganoderma ( YK Ganoderma ) & Jia Hor Lingzhi ( JH Lingzhi ) 
2. Lu Chun Lingzhi tea ( Teh lingzhi ) 
3. Jia Hor soya protein ( JH Soya protein )

Selepas beberapa ketika, 
period beliau akhirnya berhenti ( beliau dah berhenti ambil pil perancang ) dan alhamdulillah selain itu, emosi cepat marah tadi semakin baik dan terasa lebih cergas. 

---------------------------------------------------

Bagi anda yang alami masalah hormon tak seimbang, dan ingin mencari solusi alami tanpa kesan sampingan. Saya boleh bantu anda. 

Saya sendiri adalah pengedar sah sejak 2005 lagi.
Atau untuk ikuti posting terkini kami, jemput join telegram group tertutup kami. Link ada di kaki posting ini.

Note : Pil perancang berupaya untuk ubah kitaran haid namun, kita perlu ingat haid yang banyak tadi hanyalah simptom, dan bukan punca. 
Untuk benar-benar pulih dari akar masalah ini, haruslah ada effort untuk betulkan semula sistem dalam badan kita. Saya suka dengan konsep " Reverse healing " iaitu, patah balik dan betulkan badan secara alami tanpa menggunakan bahan-bahan yang ada kesan sampingan. 

Produk shuang hor menawarkan produk
yang berkesan tanpa kesan sampingan.

Semoga posting ini bermanfaat.

Aishah came 
Distributor ID 2811453 
Telegram : https://t.me/gengsihatsecaraalami
My health blog : https://discoverabouthealth.blogspot.com

Saturday, February 25, 2023

Pembuangan anak-anak dan mak ayah harus setiap hari : Ketahui ciri-ciri najis ideal

Sekadar untuk hiasan


Topik yang jarang dibincangkan,
tetapi penting dalam kehidupan - pembuangan.

Bila borak dengan geng ngopi mak-mak baru perasan,
ramai yang mula alami sembelit sejak usia sekolah rendah atau remaja secara sengaja atau tak.
Yelah, kekadang jalan-jalan memilih tandas.Kadang balik kampung, tandas jauh.
Minum air kurang tapi aktif main.Makan serat kurang, makan bergoreng lebih.
Macam-macam sebab..

Dan..
Ramai yang anggap “not going to the toilet” daily is ok.
Sedangkan it is not okay.Dan boleh jadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan.

Sekarang baru nak faham,
tapi belum terlambat untuk reverse semula inshaAllah.
Betulkan pemakanan, gaya hidup dan jangan lupa minum air yang cukup.
( Sejak start jaga 3 ni walaupun belum 100% perfect, my gastric issues selesai,
my migraine dah banyak better & a few more health issues yang makin pulih )

Nak anak-anak sihat,
ajar anak untuk maklum jika dah banyak hari tak dapat membuang supaya tidak melarat “habit” sembelit hingga dewasa nanti.

Credit to : telegram @gengsihatsecaraalami

Tanda-tanda usus bermasalah
Credit to : telegram @gengsihatsecaraalami


5 Bahaya/komplikasi dari masalah sembelit
Credit to : telegram @gengsihatsecaraalami


Sembelit punca pelbagai penyakit
Credit to : telegram @gengsihatsecaraalami

Ciri-ciri najis ideal
Credit to : telegram @gengsihatsecaraalami

Biasa kita tanya anak dah makan belum.

Harini mungkin boleh start tanya anak dah membuang belum.
Taknak tanya takpe ✌️

Muah ciked to #Geng_Mak_Mak ðŸ˜˜
#SihatsecaraAlami 

Sunday, February 19, 2023

7 Manfaat kopi kepada kesihatan

Bismillah..
Kesian kopi. Diciptakan dengan antioksidan dan bermanfaat untuk kesihatan tetapi tetap menjadi kambing hitam dan ramai tuduh kopi is bad for health.

Yang tak elok kopi tiruan atau kopi yang diproses hingga hilang nilai asalnya, atau kopi yang digoreng bersama margerine. 

Tetapi ada kopi yang bagus, kita perlu belajar untuk pilih. 
+ Cari kopi yang menggunakan 100% biji kopi asli ( real coffee beans )
+ Cari kopi yang tidak terkandung bahan sintetik atau bahan kimia yang berbahaya
+ Cari kopi yang tidak mengandungi minyak sayuran terhidrogen.



Bila kopi yang kita minum asli dan bebas dari bahan campuran yang meragukan, inshaAllah ada banyak khasiat untuk kesihatan.
Disini saya kongsikan 7 manfaat kopi yang penggemar kopi harus tahu supaya boleh terus minum kopi dengan gembira :- 

1.Memberi kita tenaga ( mungkin ini sebab ramai mak-mak suka minum kopi waktu pagi )
2.Mungkin mengurangkan risiko diabetes type 2 
3.Bagus untuk kesihatan otak & sistem saraf 
4.Dikatakan membantu menurunkan kadar kemurungan 
5.Bermanfaat untuk kesihatan jantung
6.Bermanfaat untuk mengurus berat badan
7.Mengurangkan risiko penyakit hati

Sejak tahun 2006 saya amal Kopi CEO, inshaAllah buat masa ini this is the best coffee yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. 
Dan terlalu banyak testimoni kesihatan bertambah baik setelah amal kopi ini, kalau tenga cari alternatif untuk kopi yang lebih sihat, cuba lah Kopi CEO. InshaAllah puas hati.

Kopi CEO in silver - bebas gula

Bila dah sihat dan sedap, ramai yang mula minum dan
teruskan amal kerana harga sangat berpatutan.

Kopi CEO a.k.a. CEO CAFE made from 100% real coffee beans,
arabica & robusta dengan krimer santan yang memberi rasa umphhh bila diminum


Aishah Came
Distributor ID 2811453 
Telegram : https://t.me/gengsihatsecaraalami
My health blog : https://discoverabouthealth.blogspot.com


Yang mana lebih sihat,Butter atau margarine?

 

Butter vs margarine 🧈
Nak pilih yang mana..

Pernah tengah beli grocery ada makcik diri kat tepi,intai-intai bakul kita.
Kita senyum-senyum jelah dia pun senyum balik 😅

Kejap lagi baru dia bersuara,
“dik, kenapa adik ambik yang tu (tunjuk barang dalam bakul saya ),
bukan yang ni ( tunjuk barang di tangan dia ) “
Tetiber sis jadi promoter tak bertauliah kejap kat situ 😬

Ada “sayuran” dalam senarai bahan-bahan tak semestinya sihat.
Contoh :-
Bila nak pilih sapuan atau buat kuih muih,
why I choose butter ✅
not margarine ❌

✅Butter ( Better if grass fed )
+ Sumber alami dan not highly processed iaitu dari krim susu, kebiasaanya susu lembu.
+ Masih terkandung nutrisi yang diperlukan oleh badan, termasuk sesetengah jenis vitamin.
+ Lebih mudah dikenalpasti oleh sistem badan untuk diguna pakai dan lebih mudah untuk diproses.

❌Margarine
+ Walaupun sumber dari minyak sayuran - ia adalah product yang telah diproses, tidak stabil dan jauh beza struktur lemak dari bentuk alami.
+ Bila melalui pemprosesan,
nutrisi hilang ( sama juga macam gula putih,highly processed hingga tiada nutrisi )
+ Mengandungi trans fat yang menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan.
( Bukan fat dalam bentuk alami maka ia menjadi beban kepada badan dan sukar untuk diproses oleh badan.
Pernah baca trans fat ni lemak tapi perangai macam plastik.
Lemak trans ini biasanya dikaitan dengan masalah jantung & sumbatan dalam salur darah )

p/s: Kalau nama dia ada “butter” jangan cepat terpedaya.
Double check ingredients to make sure it is really butter. Kalau ada campuran vegetable oil it is not real butter.

Keluarga sihat, bermula dari dapur yang sihat. InshaAllah.
Tak setuju takpe ✌️
Muah ciked to #Geng_Mak_Mak 😘

Wednesday, February 15, 2023

Ulam raja : senang nak tanam dan banyak manfaat


Bismillah.. 
Dalam journey makan sihat ni satu perkara yang mungkin jadi kerisauan ramai orang ialah sayuran. 

Sayuran dari Negara China agak meragukan kualiti untuk kesihatan.
Tahukah anda? Ada satu perkampungan di Negara China yang dikenali sebagai "Cancer village" kerana penduduknya ramai yang menghadapi kanser. 
Sebab utamanya kerana pencemaran tanah dan air yang teruk disini akibat dari aktiviti pertanian dari kawasan berhampiran. 

Untuk pilihan yang lebih toyyib, cubalah projek tanaman yang simple dirumah anda, jika tiada tanah dalam pasu pun boleh! 

Ulam raja antara pokok ulam yang mudah dan senang bercambah pada pendapat saya.
Dapatkan biji benih dari bunga ulam raja yang sudah kering atau beli je di shopee dan campak di tanah. 

Kebun urban bila jarang trim


Tips :
Sebelum tanam, untuk sediakan kompos organik,
boleh ratakan kulit buah-buahan yang kita dah kupas ( jangan buang ) pada tanah dan tunggu seminggu dua sehingga mereput sebelum menanam dan pastikan pilih tempat yang terdedah kepada matahari.

Antara 5 manfaat ulam raja kepada kesihatan : 

1.Tinggi anti-oksidan
Anti-oksida berfungsi melawan radikal bebas dan dikaitkan dengan awet muda,
bukan sahaja luaran tetapi juga dalaman

2.Anti-radang
Bila ketidakseimbangan berlaku dalam badan, sering timbul keradangan sama ada kita sedar atau tidak. 
Sangat penting untuk kawal radang supaya tidak melarat hingga jadi isu kesihatan yang lebih serius.

3.Mengawal tekanan darah 
Nak lebih efisyen untuk kawal darah, perlu bijak tangani tekanan :) 

4.Dikatakan bermanfaat untuk mengawal kadar gula dalam darah. 
Tetapi..jangan fokus kawal gula sahaja, perbaiki pemakanan supaya pankreas kita juga dapat pulih semula supaya dapat berfungsi seperti sediakala.

5.Membantu menurunkan lemak dan kolestrol dalam darah.  

Disini saya sertakan contoh gambar biji benih ulam raja dan pokok ulam raja yang membesar lebih dengan sihat.

Selamat bercucuk tanam #Geng_Mak_Mak ❤


Boleh petik makan fresh


Biji benih ulam raja

Tuesday, February 14, 2023

Kopi sihat pilihan saya : 100% biji kopi asli dan tanpa trans fat

 


Bismillah..
Yang kenal saya mungkin tahu, secawan kopi sehari untuk saya adalah jarang-jarang.
Biasanya dua atau tiga, waktu luar biasa jadi 4 atau 5 ðŸ˜‹ 

Tapi..
Saya tidak minum sebarangan kopi. Dulu-dulu pernah tapi pengalaman mengajar saya, bukan semua kopi beri kesan yang baik kepada tubuh badan kita.
Ada jenis kopi yang buat kepala jadi pening dan dada berdebar.
Saya dah mula minum CEO Coffee ni sejak tahun 2006 lagi. Paling suka sebab kandungan 100% biji kopi asli, tanpa perisa atau pewarna tambahan dan bebas bahan kimia berbahaya.

Sejak saya mula berhenti kopi lain dah hanya amal CEO Coffee ini, 
saya perasan tidak lagi ada debar-debar dan pening kepala makin berkurangan. 
Bagi peminum kopi tegar mungkin perasan palpitations atau masalah sakit kepala bila minum kopi selepas jangka masa yang panjang. 
Saya juga pernah alami kedua simptom ini hingga terpaksa makan panadol. 
Namun pengalaman dengan panadol buat masalah pening kepala saya bertambah teruk. 
Pada tahun 2018, saya buat keputusan untuk berhenti panadol,mula baiki pemakanan dan hanya minum sejenis kopi iaitu CEO coffee. 
Alhamdulillah, I feel so much better.

Saya seorang distributor, dan jika ingin dapatkan maklumat lanjut tentang kopi ini, jemput sertai group telegram dibawah :

Aishah came 
Distributor ID 2811453 
Telegram : https://t.me/gengsihatsecaraalami
My health blog : https://discoverabouthealth.blogspot.com

Bebas gadget : bawak anak berpeluh dan berjemur dibawah matahari

Jalan-jalan pergi mall ☒ Jalan-jalan tengok kambing ☑ Dulu bila jejak kaki kat tempat macam ni,anak-anak risau tangan kotor, risau panas berpeluh, today masing-masing rela hati berkejar berpeluk dengan kambing ayam ☺ Bila baru nak berubah atau baru nak mula, mungkin anak-anak masih kekok. Tapi teruskan langkah kerana perubahan ambil masa, bukan sahaja untuk anak-anak tetapi untuk mak ayah juga. Biar sikit-sikit tetapi berterusan, tak perlu perubahan yang drastik. Enjoy the journey, enjoy the process. Here are some photos anak-anak melawat salah satu kebun di Negeri Sembilan. Siap memukat udang dan ikan lagi.






Salah satu goals dalam journey bebas gadget kami ialah nak anak-anak lebih feel nikmat keindahan alam sambil having fun, sweating under the sun without any fuss over a little dirt. Semoga dipermudah.

Blouse labuh dan loose kami by Imann Abdul.

Sunday, February 12, 2023

Bagaimana saya rawat " chicken pox " anak-anak secara alami

 Assalamualaikum.. 

Baru-baru ni anak-anak saya terkena jangkitan chicken pox atau cacar. 
Mula-mula yang sulung kena, 
kemudian dah elok minggu yang berikutnya adik-adik pulak kena. 

Alhamdulillah, tiada demam yang tinggi dan sangat cepat pulih. 

Anak sulung saya dah elok dan bersih dari biji air pada hari ke-4. 
Adik-adik dah elok dan bersih pada hari ke-6. Totally clear. 

Ada kawan suggest guna daun semambu sebagai mandian, atau sabun yang terkandung daun semambu. 
Daun asli tak jumpa, dan saya agak memilih bila masuk bab mandian walaupun anak-anak tiada allergik tapi saya lebih gemar pada produk yang tiada bahan kimia sintetik. 


Anak saya umur 8 tahun sewaktu kena chicken pox

Sepanjang tempoh anak-anak dijangkiti chicken pox
saya beri mereka guna 4 produk ini :- 

1) YKI Ganoderma
YKI Ganoderma ini ialah sejenis produk berasakan cendawan ganoderma atau lingzhi atau reishi tetapi yang patented dan terbukti membantu badan lebih efisyen melawan jangkitan ( Dewasa pun boleh makan kalau ada jangkitan kuman atau virus ) 

2) YK Pollen
Ini ialah sejenis debunga. Mengandungi vitamin, mineral & zat yang lengkap.
Tak risau dah nak cari vitamin atau supplement lain. Bagi satu dan lengkap.
( Pilihan yang lebih baik ialah madu, anak-anak saya consume madu jugak.
Saya add on debunga ni sebab senang mereka nak kunyah-kunyah macam kacang sebagai makanan tambahan harian )

Nak bagi anak-anak debunga make sure pilih yang terjamin kualiti, dan tidak mendatangkan allergik. Saya pilih YK Pollen ni kerana saya sendiri dah mula makan sejak usia belasan tahun lagi, dan inshaAllah selamat walaupun ada allergik. 

3) Shuang Hor Lactoberry
Yang ini sangat best! Kalau mak ayah ada masalah membuang sangat-sangat disaran makan lactoberry ini. Yang ini pun anak-anak saya makan as daily consumption tapi pada hari yang kurang sihat atau ada makan banyak junk food saya akan bagi lebih supaya pembuangan lancar.  

SH Lactoberry ni adalah probiotik + prebiotik dan tinggi vitamin c. 

Dulu-dulu cari minuman berkultur tapi kebanyakan minuman berkultur terkandung gula yang tinggi, dan membunuh bakteria baik dalam perut. Defeats the purpose of the minuman berkultur - kecuali kita nak minum untuk sedap je tanpa khasiat..  

Probiotik ni sangat penting untuk kesejahteraan perut, 
dan kesihatan keseluruhan badan. 
Bila perut mula rosak, dalam badan akan banyak angin dan banyak tempat lain akan timbul radang. 
Tetiber dah makin berusia datang alahan makanan, kalau badan sihat, perut sihat tak timbul alahan. 
Nak jaga kesihatan perut, ajar anak dari awal, kalau kita dah terlambat masih ada ruang untuk reverse inshaAllah.

Semoga posting ini bermanfaat.

Aishah came 
Distributor ID 2811453 
Telegram : https://t.me/gengsihatsecaraalami
My health blog : https://discoverabouthealth.blogspot.com


Shuang hor lactoberry
- untuk kesihatan perut dan menyelesaikan masalah angin,
sembelit serta cirit.

YK Pollen - lengkap dengan lebih 100 vitamin, mineral & zat galian.
Ibu mengandung masalah HB rendah,boleh cuba ni.
Nak kulit glowing, boleh cuba ni.
Nak dalaman sihat dan segar, cuba ini.

YKI Ganoderma 
- Salah satu produk targeted yang terbukti secara
klinikal mampu selaraskan sistem imun, selaraskan paras glukos
dalam darah, perbaiki kesihatan pankreas, melindungi fungsi hati
dan..bantu badan melawan virus dengan lebih efisyen. 

Tuesday, February 7, 2023

My shuang hor journey

 

Penerangan tentang shiatsu & pressure points

Assalamualaikum. 
Selain menggalas title sebagai seorang mak-mak dan pendiri bisnes, saya juga memegang title sebagai seorang distributor atau pengedar dibawah syarikat Shuang hor. 
Mungkin ada yang kenal syarikat ini, mungkin juga tidak. 
Pengalaman saya makan produk dari company ini boleh dikatakan dah lama sangat, sejak usia remaja setelah diperkenalkan oleh ibu saya sendiri. 

Sejak tahun 2005, saya sendiri sign up sebagai pengedar bukan untuk tujuan bisnes tetapi lebih kepada nak makan sendiri.  
Baru-baru ini saya buat keputusan untuk ceburi bahagian bisnes setelah melihat ramai orang disekeliling saya yang mula diuji dengan penyakit tetapi tidak tahu macam mana nak cari produk yang berkualiti - kita tahu produk yang bagus, perlu lah kongsi bersama.

Dan yang paling menarik ialah :-
pelan pemasaran shuang hor memberi kita peluang untuk bina pendapatan pasif untuk hari tua nanti yang boleh diwariskan pada anak-anak setelah kita tiada lagi. 
Bila dah cuba produk shuang hor, sangat sukar untuk cari produk lain yang setaraf dan berkualiti maka sebab itulah berbelas tahun saya masih setia consume tanpa beralih angin. 
Pernah try produk jenama lain? 
Pernah, tapi jujur cakap bila dah mula cuba produk shuang hor, walaupun jumpa produk lain - kita akan berpatah balik pada shuang hor.
Disini bisnes model nya tidak semata-mata berpegang pada buat untung, tetapi dalam perjalanan ini kita akan belajar sangat banyak tentang kesihatan secara alami dan bebas kesan sampingan. 
Here I am today, dan ingin berkongsi dengan lebih ramai orang tentang produk shuang hor supaya kita sama-sama boleh meniti usia yang lebih matang sambil kecapi kesihatan yang lebih berkualiti inshaAllah. 

Aishah came 
Distributor ID 2811453 
Telegram : https://t.me/gengsihatsecaraalami
My health blog : https://discoverabouthealth.blogspot.com

Jika anda berniat untuk dapatkan F.I.R.E. :  financial freedom retire early ,
join me today! Klik je link telegram diatas untuk lihat secara ringkas produk & perjalanan bisnes ini.


Bersama suami, anak-anak, mak & ayah saya di HQ Shuang hor, Damansara.

Throwback meet up dengan dowline, Kak eina di Johor.

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.