Thursday, February 4, 2021

Hidup untuk Mati

 


Alam semula jadi penuh dengan keajaiban. Nikmat Tuhan yang mana kita dustakan?

Assalamualaikum Geng-Mak-Mak. 

Baru-baru ni terlintas satu video Ustazah Asma' Harun,yang menceritakan tentang "Hijrah diri untuk mati.."
Dari video itu teringat kepada 2 jenis manusia yang saya pernah jumpa dan mempunyai perspektif yang inspiring tentang kematian.

1) Mereka yang merancang nak mati macam mana & apa yang mereka nak tinggalkan selepas mereka mati nanti

An eye opener bila kita lihat cara pemikiran mereka,
oleh kerana mereka dah plan - mereka sangat tidak membazir masa untuk benda remeh atau lagha,
kerana mereka nak tinggalkan sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain lepas mereka tinggalkan dunia ini.
Dan..
Mereka ini agak titik beratkan kesihatan,
Kerana berniat tak nak sakit awal dari usia & niat nak pelihara badan supaya dalam keadaan sihat tanpa penyakit bila meninggal nanti.

2) Mereka yang excited nak mati

Dalam ramai-ramai yang kita jumpa majoriti ungkap rasa takut, belum bersedia atau tak nak fikir tentang mati.
Tetapi ada segelintir yang tak sabar untuk mati.

Whatever it is,
nak atau tak, ready atau tak,
nak pikir atau tak nak,
kematian itu pasti.

Homework kita hari ini,
tanya diri - anda geng yang mana?
1) Takut nak mati
2) Tak nak fikir tentang mati
3) Preparing diri untuk mati
4) Excited nak mati

Semoga amalan kita semua didunia ini diterima & moga kita diberi petunjuk agar kita tergolong dikalangan hamba-Nya yang taat ❤
Muah ciked to #Geng_mak_mak 😘

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.