Tuesday, January 19, 2021

Kisah mak-mak dengan kopi

Assalamualaikum Geng Mak-Mak. 

Salah ke minum kopi? 
Kadang-kadang ada yang cakap " Tak elok " 
Ada yang komen " Ee tak bagus lah minum kopi selalu "
Ada yang kata " Kopi ada kafein, jangan minum selalu.." 

Sebagai seorang mak anak tiga, 
dan every morning saya nak minum kopi juga walau apa orang nak kata, saya buat keputusan untuk kaji sikit lah latar belakang tumbuhan yang bernama KOPI.

Dari kajian, 
coffee is beneficial untuk kesihatan kita. Kafein wujud secara semula jadi dan dalam jumlah yang sederhana adalah baik untuk kesihatan jantung, kesihatan usus dan beri kita tenaga.

Tetapi kita lah yang perlu bijak bila memilih. 
Kita nak pakai badan kita lama, nak tua dengan sihat kan?
Maka setiap yang kita telan kena pilih sebaik mungkin supaya tak ada efek yang memudaratkan bila usia semakin lanjut.


Mak-mak layan kopi yang dah sejuk


5 TIPS UNTUK PILIH KOPI YANG BAIK UNTUK KESIHATAN

1. Pastikan kopi yang digunakan adalah 100% kopi asli. 
( Perisa, perasa tambahan adalah bahan-bahan yang bakal memudaratkan kesihatan kita jika diambil dalam jangka masa yang panjang )

2. Tanpa bahan campuran yang was-was,
semakin panjang list ingredients kita harus semakin waspada untuk minum.

3. Cari yang bebas gula putih. Gula putih ialah bahan yang boleh datangkan ketagihan, mengurangkan kadar oksigen dalam tubuh dan menjadi makanan pada bakteria jahat dalam usus kita. 

4. Jauhi kopi instant yang mengadungi minyak hydrogenated - bahan ini sangat tidak baik untuk pengambilan yang berterusan dan boleh menyumbang kepada sumbatan dalam saluran darah.

5. Pastikan inum air kosong yang cukup bila minum kopi. 

OK? 
Sangat simple untuk pilih kopi yang betul. 
Jangan main minum je semua. 
Kita diberi akal untuk berfikir. Berfikir sebelum buat keputusan.

Terima kasih atas kunjungan. 
Ada masa kita jumpa lagi

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.