Sunday, May 9, 2021

The millennial mindset

Assalamualaikum Geng Mak-Mak :) 

Recently, saya menonton satu video yang menyebut tentang millennial mindest.

Bukan semua tetapi majority,
+ Boleh dikatakan generasi yang lebih malas dan agak memilih
+ Kurang sabar untuk menanti progress sesuatu perkara jika ambil masa yang panjang
+ Nak buat kerja yang senang tapi mengharap imbuhan yang besar
+ Kurang kemahiran bersosial - kerana too much time spent on gadgets
+ Pandai bercakap, tapi tewas untuk walk the talk
+ Rasa berhak untuk mendapat itu ini, walaupun sebenarnya tidak
+ Kurang rasa bersyukur

Who are the millennials?
Secara kasar yang lahir sejak 1984 keatas.
( Including me 😅 )

Who is to blame for this mindset?
Yang pertama ialah bad parenting :)
Ouch...

Saya menonton satu video yang menyentuh isu mindset generasi muda zaman sekarang,
dan to me it is interesting to understand apa yang membentuk corak pemikiran dan diri mereka.
Siapa anak kita dewasa nanti bermula dengan bagaimana kita didik mereka hari ini.
( Jangan mudah tunding jari kepada sekolah , faktor sekeliling atau kenkawan anak-anak )

Jika kita :-
1] Terlalu masuk campur urusan anak-anak yang remeh - contoh hal di sekolah seperti anak tak siap homework tapi kita gigih contact cikgu supaya anak tidak dimarah.
( How about : Biar anak handle sendiri )

2] Selalu menangkan anak walaupun dia buat salah - yang in denial ialah kita bila kita tak mengaku silap anak, malah ada yang cuba meletakkan salah pada orang lain untuk cover silap anak.
( How about : Mengaku silap anak supaya benda yang sama tidak berulang dan anak akan belajar tentang tanggungjawab )

3] Terlalu mengawal tindakan supaya anak tidak tersasar dari target - some parents even buatkan homework, etc..
( How about : Biar anak enjoy the process, biarlah tulisan dia buruk sekalipun dan lambat siap kerja.. )

Parenting sebegini berpotensi melahirkan manusia yang membesar dengan perasaan "selamat yang palsu" , kurang bertanggungjawab, kurang nak mencabar diri, mudah putus asa bila tak dapat apa yang dia nak..
dan rasa akan sentiasa dia betul, walaupun bila buat salah.

Tahukah anda?
Anak-anak dengan mindset yang salah,
akan keluar ke dunia sebenar dengan kecenderungan menjadi orang yang membebankan masyarakat kerana kurangnya inisiatif,
kurang perasaan bertanggungjawab & mudah sentap bila ditegur.

Tak salah nak manjakan anak,
tetapi biar bersederhana,
bila mereka buat salah - let them know they've made a mistake,
hukum mereka jika perlu.
Jika kita tak usaha untuk lentur anak kita dari kecil,
mereka akan mudah patah bila berhadapan dengan dunia sebenar.

Sekadar perkongsian.
Jika tak setuju tak apa.
Muah ciked to #Geng_Mak_Mak 😘



No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.