Thursday, November 18, 2021

Bebas gadget


Few years back pernah je bagi anak-anak main gadget.
My experience was :-
[ - ] Tantrum issues
[ - ] Almost addiction like syndrome,
sikit-sikit nak gadget
[ - ] Kurang gemar buat aktiviti lain becoz asyik terbayang gadget yang ditinggalkan kesunyian
[ - ] Kurang interested nak main dengan rakan atau saudara sebaya atau adik beradik sendiri
[ - ] Kurang minat baca buku , makan pun kurang minat!

Today,
Alhamdulillah masuk 3 tahun bebas gadget:-
[ + ] Dah suka membaca
[ + ] Lebih minat outdoor activities
[ + ] Alhamdulillah, bebas isu tantrum
[ + ] Mula pandai communicate with cousins, rakan sebaya dan adik beradik
[ + ] Always ready to try and explore new activities dan always hungry 😬

If you are planning for bebas gadget children - perlu prepare mental dan emosi.
They will be messy and sweaty,
they will be talking and asking you this and that dari pagi sampai petang,
dan jarang sesekali kita akan dapat moment yang tenang 😁

When people ask me,
“ tak risau ke anak ketinggalan bila tak main gadget..”
For me - saya lebih risau kesan jangka masa panjang hasil dari exposing them to gadgets at an early age.

This matter is subjective.
My point of view may differ from yours.
That is OK.
I believe,
every parent akan buat pilihan yang kita rasa
terbaik
untuk anak-anak kita 😊
As long as kita berbalik pada Al Quran dan sunnah sebagai panduan,
inshaAllah we are on the right track.

All the best!
Muah ciked to #Geng_Mak_Mak 😘


 

Monday, June 7, 2021

7 Tips elak panik dalam pandemik ( Khas untuk Geng Mak-Mak )

 

My feveret kopi tanpa trans fat and 100% biji kopi asli,
sponsored by www.kopiceo.com


Assalamualaikum Geng Mak-Mak :) 
Bila "lockdown" yang tak berapa nak total lockdown diumumkan 😁

First things first.

Satu tips yang guru saya seringkali pesan berulang kali ialah,
" Orang bertenang akan menang "
------------------------
7 Tips untuk elak panik :-
------------------------

1) Bawa bertenang dan jauhi sosial media.

2) Tarik nafas, hembus nafas perlahan-lahan, dan istighfar.

3) This is not the time to cari dan besarkan salah silap orang lain, cari salah orang memang mudah,
tetapi ia membuat kita terlepas pandang untuk muhasabah diri, dan kebiasaanya,
perbuatan ini membuat emosi kita semakin berkecamuk.

4) Doa dan minta Allah bantu kita buat pilihan yang terbaik, untuk diri kita dan juga orang sekeliling.
(Mungkin ada yang berpendapat, this is cliche,
tetapi ini yang paling essential.
Pada siapa lagi kita nak berserah?)

5) Hanya rujuk berita yang sahih,
avoid melepak di tempat yang bercerita tentang isu yang tiada kepastian dan paling penting jangan sebar sebarang info yang kita sendiri tidak pasti sahih atau tidak.

6) Cari geng yang boleh bantu kita berpikir dengan lebih waras.

7) Focus dan list down the things we can do - sediakan plan A, B, C.
InshaAllah whatever happens,
paling kurang diri kita lebih bersedia.

Sejujurnya,
saya tidak berpegang kepada prinsip keep positive.
Tapi saya berpegang kepada bersangka baik dengan aturan Allah,
dan whatever happens semuanya dengan izin-Nya.

Kawal diri,
kawal apa kita baca,
kawal apa kita tonton,
kawal apa kita dengar,
kawal apa yang kita nak kata/tulis,
kawal emosi,
Berbalik pada Al quran & sunnah sebelum bertindak is always the best option,inshaAllah.
Moga kita semua mampu harungi hari-hari yang bakal datang dengan sebaik mungkin.

We plan,
but Allah is the best of planners.
Hugs & muah ciked to #Geng_Mak_Mak 😘

Sunday, May 9, 2021

The millennial mindset

Assalamualaikum Geng Mak-Mak :) 

Recently, saya menonton satu video yang menyebut tentang millennial mindest.

Bukan semua tetapi majority,
+ Boleh dikatakan generasi yang lebih malas dan agak memilih
+ Kurang sabar untuk menanti progress sesuatu perkara jika ambil masa yang panjang
+ Nak buat kerja yang senang tapi mengharap imbuhan yang besar
+ Kurang kemahiran bersosial - kerana too much time spent on gadgets
+ Pandai bercakap, tapi tewas untuk walk the talk
+ Rasa berhak untuk mendapat itu ini, walaupun sebenarnya tidak
+ Kurang rasa bersyukur

Who are the millennials?
Secara kasar yang lahir sejak 1984 keatas.
( Including me 😅 )

Who is to blame for this mindset?
Yang pertama ialah bad parenting :)
Ouch...

Saya menonton satu video yang menyentuh isu mindset generasi muda zaman sekarang,
dan to me it is interesting to understand apa yang membentuk corak pemikiran dan diri mereka.
Siapa anak kita dewasa nanti bermula dengan bagaimana kita didik mereka hari ini.
( Jangan mudah tunding jari kepada sekolah , faktor sekeliling atau kenkawan anak-anak )

Jika kita :-
1] Terlalu masuk campur urusan anak-anak yang remeh - contoh hal di sekolah seperti anak tak siap homework tapi kita gigih contact cikgu supaya anak tidak dimarah.
( How about : Biar anak handle sendiri )

2] Selalu menangkan anak walaupun dia buat salah - yang in denial ialah kita bila kita tak mengaku silap anak, malah ada yang cuba meletakkan salah pada orang lain untuk cover silap anak.
( How about : Mengaku silap anak supaya benda yang sama tidak berulang dan anak akan belajar tentang tanggungjawab )

3] Terlalu mengawal tindakan supaya anak tidak tersasar dari target - some parents even buatkan homework, etc..
( How about : Biar anak enjoy the process, biarlah tulisan dia buruk sekalipun dan lambat siap kerja.. )

Parenting sebegini berpotensi melahirkan manusia yang membesar dengan perasaan "selamat yang palsu" , kurang bertanggungjawab, kurang nak mencabar diri, mudah putus asa bila tak dapat apa yang dia nak..
dan rasa akan sentiasa dia betul, walaupun bila buat salah.

Tahukah anda?
Anak-anak dengan mindset yang salah,
akan keluar ke dunia sebenar dengan kecenderungan menjadi orang yang membebankan masyarakat kerana kurangnya inisiatif,
kurang perasaan bertanggungjawab & mudah sentap bila ditegur.

Tak salah nak manjakan anak,
tetapi biar bersederhana,
bila mereka buat salah - let them know they've made a mistake,
hukum mereka jika perlu.
Jika kita tak usaha untuk lentur anak kita dari kecil,
mereka akan mudah patah bila berhadapan dengan dunia sebenar.

Sekadar perkongsian.
Jika tak setuju tak apa.
Muah ciked to #Geng_Mak_Mak 😘



Thursday, February 4, 2021

Hidup untuk Mati

 


Alam semula jadi penuh dengan keajaiban. Nikmat Tuhan yang mana kita dustakan?

Assalamualaikum Geng-Mak-Mak. 

Baru-baru ni terlintas satu video Ustazah Asma' Harun,yang menceritakan tentang "Hijrah diri untuk mati.."
Dari video itu teringat kepada 2 jenis manusia yang saya pernah jumpa dan mempunyai perspektif yang inspiring tentang kematian.

1) Mereka yang merancang nak mati macam mana & apa yang mereka nak tinggalkan selepas mereka mati nanti

An eye opener bila kita lihat cara pemikiran mereka,
oleh kerana mereka dah plan - mereka sangat tidak membazir masa untuk benda remeh atau lagha,
kerana mereka nak tinggalkan sesuatu yang bermanfaat untuk orang lain lepas mereka tinggalkan dunia ini.
Dan..
Mereka ini agak titik beratkan kesihatan,
Kerana berniat tak nak sakit awal dari usia & niat nak pelihara badan supaya dalam keadaan sihat tanpa penyakit bila meninggal nanti.

2) Mereka yang excited nak mati

Dalam ramai-ramai yang kita jumpa majoriti ungkap rasa takut, belum bersedia atau tak nak fikir tentang mati.
Tetapi ada segelintir yang tak sabar untuk mati.

Whatever it is,
nak atau tak, ready atau tak,
nak pikir atau tak nak,
kematian itu pasti.

Homework kita hari ini,
tanya diri - anda geng yang mana?
1) Takut nak mati
2) Tak nak fikir tentang mati
3) Preparing diri untuk mati
4) Excited nak mati

Semoga amalan kita semua didunia ini diterima & moga kita diberi petunjuk agar kita tergolong dikalangan hamba-Nya yang taat ❤
Muah ciked to #Geng_mak_mak 😘

Tuesday, January 19, 2021

Kisah mak-mak dengan kopi

Assalamualaikum Geng Mak-Mak. 

Salah ke minum kopi? 
Kadang-kadang ada yang cakap " Tak elok " 
Ada yang komen " Ee tak bagus lah minum kopi selalu "
Ada yang kata " Kopi ada kafein, jangan minum selalu.." 

Sebagai seorang mak anak tiga, 
dan every morning saya nak minum kopi juga walau apa orang nak kata, saya buat keputusan untuk kaji sikit lah latar belakang tumbuhan yang bernama KOPI.

Dari kajian, 
coffee is beneficial untuk kesihatan kita. Kafein wujud secara semula jadi dan dalam jumlah yang sederhana adalah baik untuk kesihatan jantung, kesihatan usus dan beri kita tenaga.

Tetapi kita lah yang perlu bijak bila memilih. 
Kita nak pakai badan kita lama, nak tua dengan sihat kan?
Maka setiap yang kita telan kena pilih sebaik mungkin supaya tak ada efek yang memudaratkan bila usia semakin lanjut.


Mak-mak layan kopi yang dah sejuk


5 TIPS UNTUK PILIH KOPI YANG BAIK UNTUK KESIHATAN

1. Pastikan kopi yang digunakan adalah 100% kopi asli. 
( Perisa, perasa tambahan adalah bahan-bahan yang bakal memudaratkan kesihatan kita jika diambil dalam jangka masa yang panjang )

2. Tanpa bahan campuran yang was-was,
semakin panjang list ingredients kita harus semakin waspada untuk minum.

3. Cari yang bebas gula putih. Gula putih ialah bahan yang boleh datangkan ketagihan, mengurangkan kadar oksigen dalam tubuh dan menjadi makanan pada bakteria jahat dalam usus kita. 

4. Jauhi kopi instant yang mengadungi minyak hydrogenated - bahan ini sangat tidak baik untuk pengambilan yang berterusan dan boleh menyumbang kepada sumbatan dalam saluran darah.

5. Pastikan inum air kosong yang cukup bila minum kopi. 

OK? 
Sangat simple untuk pilih kopi yang betul. 
Jangan main minum je semua. 
Kita diberi akal untuk berfikir. Berfikir sebelum buat keputusan.

Terima kasih atas kunjungan. 
Ada masa kita jumpa lagi

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.