Tuesday, June 20, 2023

Senyap tetapi berbahaya - sembelit

 Assalamualaikum :) 


Kredit : 
http://discoverabouthealth.blogspot.com/2022/12/silent-but-deadly-constipation-senyap.html

Baru-baru ni,
saya dapat tahu bahawa sembelit merupakan satu kejadian yang biasa berlaku dikalangan ramai orang, termasuk kanak-kanak.
Tetapi hal ini jarang disebut atau diberi perhatian selayaknya.

Hari ini, jom kita cerita pasal ni. 

Jika dibiarkan tanpa rawatan, sembelit boleh jadi punca utama kepada banyak penyakit.

Bagaimana?
Bila pembuangan kita jadi lambat, dan penyingkiran najis menjadi lambat - ini mungkin mengakibatkan najis berkumpul dalam kolon ( usus besar )
Dan semakin lama, longgokan najis ini akan jadi semakin besar.
( kecuali jika masalah ini sudah ditangani )  

Bayangkan,
selonggok tahi duduk dalam usus besar kita,
perlu faham ia tidak duduk saja-saja buat baik tanpa membebaskan sebarang bahan - ia tidak buat baik dan ia membebaskan gas/cecair yang mengancam kesihatan bila diserap semula kedalam sistem badan kita.


Najis yang terperangkap membebaskan toksin,
kemudian ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria jahat dalam usus kita serta mengakibatkan radang. Ia tidak berakhir disitu, ini mungkin hanya permulaan bagi pelbagai penyakit lain.
Ramai terlepas pandang, toksin yang dibebaskan oleh najis terperangkap ini kadang-kala diserap semula kedalam badan dan menimbulkan kekacauan.


Tanda-tanda kita sembelit :
1) Kurang pembuangan
2) Sukar atau sakit semasa membuang
3) Najis keras atau bentuk kecil-kecil seperti kacang ( Najis yang ideal tidak keras, tidak berketul, tidak cair dan mudah untuk buang ) 
4) Kembung perut
5) Radang muka ( jerawat ) & masalah kulit gatal



Komplikasi yang mungkin kita hadapi dari sembelit yang berpanjangan : 
i) Urat bengkak di rektum ( buasir ) 
ii) Koyakan pada pintu pembuangan
iii) Jankitan & radang dalam usus - menyebabkan gas/toksin diserap semula kedalam pengaliran darah, salah satu kemungkinan punca kepada sakit kepala, kembung ( angin ) dan sensitif pada sesetengah jenis makanan.
iv) Diverticulitis 
v) Kerosakan pada otot pelvis - boleh sebabkan masalah tidak dapat  kawal pembuangan air kecil.
vi) Menjadi punca kepada emosi yang tidak stabil & gangguan mental ( Hubungan usus - otak ) 
vii) Sistem imun kita bergantung kepada gastrointestinal yang sihat untuk berfungsi dengan bik dan stabil, bukan sahaja untuk menghindar dari jangkitan virus tetapi sekaligus menjaga kesihatan keseluruhan sistem organ dalam badan kita.

Beri perhatian kepada badan kita, bila kita sedar pembuangan kita sedang alami maslaah dan sukar nak membuang jangan tunggu lama-lama. Risiko pada kesihatan kita!

+ Mulakan dengan lebihkan minum air ( Pilihan yang terbaik air kosong untuk tujuan penyembuhan )
+ Berhenti makan gula putih & gluten
+ Betulkan pemakanan - lebihkan buah & sayur, kurangkan makanan proses & sintetik. 
+ Bersenam. Cuba minimum 30 minit berjalan 3 kali seminggu jika tidak dapat berjalan setiap hari.
+ Ambil prebiotik & probiotik ( pastikan ambil yang tiada campuran gula. Gula membunuh bakteria baik dalam usus - menjadikan usaha kita makan probiotik sia-sia.
Probiotik mungkin tidak hidup lagi ) 

Percayalah - hapuskan sembelit dan anda akan rasa lebih baik,
bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. InshaAllah.


Terima kasih kerana sudi baca.



No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.