Assalamualaikum. Jom cerita pasal gula.
Masa saya muda, saya ingat gula guna untuk buat minuman je - buat kopi & teh.
Rupa-rupanya,
bila masa dah berlalu saya baru perasan gula bukan je guna dalam minuman tetapi dalam banyak produk yang ada jual di kedai ( termasuk makanan dalam tin, makanan segera, air yogurt dan sebagainya. Kena bijak baca bahan-bahan, tak semua label product jujur )
Tiba-tiba datang lagi satu kejutan,
ramai orang masukkan gula sebagai bahan penting dalam bermacam jenis resipi masakan. Saya tak cakap pasal pencuci mulut, saya cakapa pasal gulai, sup dan kari.
Sedikit gula tak ada apa.
Banyak gula ialah racun.
Ini ialah antara 6 masalah kesihatan yang boleh timbul dari pengambilan gula yang berlebihan :-
1) Berat badan naik ( Obesiti )
~ Kajian menunjukkan, gula adalah punca utama yang menyumbang kepada obesiti.
~ Penambilan fruktosa dikaitkan dengan perasaan lapar, makan timbul keinginan untuk makan lebih.
2) Diabetes ( Gula tinggi dalam darah )
~ Diabetes ambil masa bertahun sebelum timbul simptom.
~ Diet tinggi gula mengakibatkan obesiti dan kerintangan insulin.
~ Bacaan gula yang tinggi secara tidak langsung memberitahu kita bahawa pankreas kita tidak berkerja dengan baik. Ini bukan hanya tentang gula, ini tentang organ yang merosot.
Ubatan mampu untuk kawal bacaan gula, tetapi hanya dengan ubah pemakanan serta gaya hidup bantu badan kita sihat kembali dari dalam dan luar, atas hingga bawah, secara fizikal dan mental.
3) Jerawat
~ Bila gula dalam darah dan insulin meningkat, akan menaikkan rembesan androgen, minyak dan mengakibatkan radang.
4) Risiko tinggi untuk penyakit jantung dan kanser.
5) Risiko tinggi kepada masalah kemurungan.
6) Penuaan sebelum waktu.
Lain-lain komplikasi termasuk hati berlemak, penuaan sel dan penyakit buah pinggang (ginjal)
Untuk berhenti makan gula putih, elakkan perubahan yang mendadak.
Langkah perlahan-lahan, sikit-sikit asal berterusan.
Permulaan, kurangkan gula dalam masakan dan cari pengganti gula dari sumber yang asli.
Saya tak syorkan pemanis tiruan.
Saya percaya sumber semula jadi adalah pilihan yang terbaik.
Boleh cuba - gula tebu organik ( rasa yang paling hampir dengan gula putih ) , gula molasses, gula kelapa, gula monk ( stevia ) atau stevia.
Selamat maju jaya :)

No comments:
Post a Comment