Tuesday, June 20, 2023

Adakah gula putih beracun?

 


AssalamualaikumJom cerita pasal gula

Masa saya muda, saya ingat gula guna untuk buat minuman je - buat kopi & teh.
Rupa-rupanya,
bila masa dah berlalu saya baru perasan gula bukan je guna dalam minuman tetapi dalam banyak produk yang ada jual di kedai ( termasuk makanan dalam tin, makanan segera, air yogurt dan sebagainya. Kena bijak baca bahan-bahan, tak semua label product jujur 
)

Tiba-tiba datang lagi satu kejutan,
ramai orang masukkan gula sebagai bahan penting dalam bermacam jenis resipi masakan. Saya tak cakap pasal pencuci mulut, saya cakapa pasal gulai, sup dan kari.

Sedikit gula tak ada apa. 
Banyak gula ialah racun.


Ini ialah antara 6 masalah kesihatan yang boleh timbul dari pengambilan gula yang berlebihan :-

1) Berat badan naik ( Obesiti )
~ Kajian menunjukkan, gula adalah punca utama yang menyumbang kepada obesiti.
~ Penambilan fruktosa dikaitkan dengan perasaan lapar, makan timbul keinginan untuk makan lebih
.

2) Diabetes ( Gula tinggi dalam darah )
~ Diabetes ambil masa bertahun sebelum timbul simptom. 
~ Diet tinggi gula mengakibatkan obesiti dan kerintangan insulin.
~ Bacaan gula yang tinggi secara tidak langsung memberitahu kita bahawa pankreas kita tidak berkerja dengan baik. Ini bukan hanya tentang gula, ini tentang organ yang merosot.
Ubatan mampu untuk kawal bacaan gula, tetapi hanya dengan ubah pemakanan serta gaya hidup bantu badan kita sihat kembali dari dalam dan luar, atas hingga bawah, secara fizikal dan mental.

3) Jerawat
Bila gula dalam darah dan insulin meningkat, akan menaikkan rembesan androgen, minyak dan mengakibatkan radang.

4) Risiko tinggi untuk penyakit jantung dan kanser.

5) Risiko tinggi kepada masalah kemurungan.

6) Penuaan sebelum waktu.

Lain-lain komplikasi termasuk hati berlemak, penuaan sel dan penyakit buah pinggang (ginjal) 

Untuk berhenti makan gula putih, elakkan perubahan yang mendadak.
Langkah perlahan-lahan, sikit-sikit asal berterusan.


Permulaan, kurangkan gula dalam masakan dan cari pengganti gula dari sumber yang asli. 
Saya tak syorkan pemanis tiruan. 
Saya percaya sumber semula jadi adalah pilihan yang terbaik.

Boleh cuba - gula tebu organik ( rasa yang paling hampir dengan gula putih ) , gula molasses, gula kelapa, gula monk ( stevia ) atau stevia.

Selamat maju jaya :)

Senyap tetapi berbahaya - sembelit

 Assalamualaikum :) 


Kredit : 
http://discoverabouthealth.blogspot.com/2022/12/silent-but-deadly-constipation-senyap.html

Baru-baru ni,
saya dapat tahu bahawa sembelit merupakan satu kejadian yang biasa berlaku dikalangan ramai orang, termasuk kanak-kanak.
Tetapi hal ini jarang disebut atau diberi perhatian selayaknya.

Hari ini, jom kita cerita pasal ni. 

Jika dibiarkan tanpa rawatan, sembelit boleh jadi punca utama kepada banyak penyakit.

Bagaimana?
Bila pembuangan kita jadi lambat, dan penyingkiran najis menjadi lambat - ini mungkin mengakibatkan najis berkumpul dalam kolon ( usus besar )
Dan semakin lama, longgokan najis ini akan jadi semakin besar.
( kecuali jika masalah ini sudah ditangani )  

Bayangkan,
selonggok tahi duduk dalam usus besar kita,
perlu faham ia tidak duduk saja-saja buat baik tanpa membebaskan sebarang bahan - ia tidak buat baik dan ia membebaskan gas/cecair yang mengancam kesihatan bila diserap semula kedalam sistem badan kita.


Najis yang terperangkap membebaskan toksin,
kemudian ia akan menggalakkan pertumbuhan bakteria jahat dalam usus kita serta mengakibatkan radang. Ia tidak berakhir disitu, ini mungkin hanya permulaan bagi pelbagai penyakit lain.
Ramai terlepas pandang, toksin yang dibebaskan oleh najis terperangkap ini kadang-kala diserap semula kedalam badan dan menimbulkan kekacauan.


Tanda-tanda kita sembelit :
1) Kurang pembuangan
2) Sukar atau sakit semasa membuang
3) Najis keras atau bentuk kecil-kecil seperti kacang ( Najis yang ideal tidak keras, tidak berketul, tidak cair dan mudah untuk buang ) 
4) Kembung perut
5) Radang muka ( jerawat ) & masalah kulit gatal



Komplikasi yang mungkin kita hadapi dari sembelit yang berpanjangan : 
i) Urat bengkak di rektum ( buasir ) 
ii) Koyakan pada pintu pembuangan
iii) Jankitan & radang dalam usus - menyebabkan gas/toksin diserap semula kedalam pengaliran darah, salah satu kemungkinan punca kepada sakit kepala, kembung ( angin ) dan sensitif pada sesetengah jenis makanan.
iv) Diverticulitis 
v) Kerosakan pada otot pelvis - boleh sebabkan masalah tidak dapat  kawal pembuangan air kecil.
vi) Menjadi punca kepada emosi yang tidak stabil & gangguan mental ( Hubungan usus - otak ) 
vii) Sistem imun kita bergantung kepada gastrointestinal yang sihat untuk berfungsi dengan bik dan stabil, bukan sahaja untuk menghindar dari jangkitan virus tetapi sekaligus menjaga kesihatan keseluruhan sistem organ dalam badan kita.

Beri perhatian kepada badan kita, bila kita sedar pembuangan kita sedang alami maslaah dan sukar nak membuang jangan tunggu lama-lama. Risiko pada kesihatan kita!

+ Mulakan dengan lebihkan minum air ( Pilihan yang terbaik air kosong untuk tujuan penyembuhan )
+ Berhenti makan gula putih & gluten
+ Betulkan pemakanan - lebihkan buah & sayur, kurangkan makanan proses & sintetik. 
+ Bersenam. Cuba minimum 30 minit berjalan 3 kali seminggu jika tidak dapat berjalan setiap hari.
+ Ambil prebiotik & probiotik ( pastikan ambil yang tiada campuran gula. Gula membunuh bakteria baik dalam usus - menjadikan usaha kita makan probiotik sia-sia.
Probiotik mungkin tidak hidup lagi ) 

Percayalah - hapuskan sembelit dan anda akan rasa lebih baik,
bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. InshaAllah.


Terima kasih kerana sudi baca.



Thursday, June 8, 2023

Coffee CEO ( Kopi CEO ) : Kopi kesihatan untuk orang yang tak minum kopi


Bukan untuk pencinta kopi..
Tapi untuk anda yang ingin menjaga kesihatan.

Ada satu sejarah disebalik pembikinan KOPI CEO ini yang saya nak cerita..

Kronologi “BRAND STORY” Kopi CEO
Seorang uncle ,
Mr Terashima - telah lumpuh akibat kemalangan jalanraya.
🔻
Dia terpaksa menggunakan kerusi roda selama
3 tahun.
🔻
Uncle ini,
sangat suka minum kopi.
🔻
Satu hari berpeluang berjumpa CEO kepada sebuah syarikat,yang mencampurkan YK Lingzhi kedalam kopi unce ini ( bukan CEO coffee ) 🍄
🔻
Selepas minum campuran kopi tadi,
Jari Mr Terashima serta merta terasa panas,
dan mula bergerak.
🔻
Mr CEO tadi tambah lagi 2 biji YK Lingzhi &
Mr Terashima boleh berdiri sekejap.
( Lepas tu duduk semula )
🔻
Mr Terashima terus amal 8 biji YK Lingzhi sehari dicampurkan kedalam kopi,
dan boleh berjalan semula dengan normal selepas 3 bulan.
🔻
Selepas melihat hasil dari gabungan yang “wow” dari YK Lingzhi bersama kopi,
Mr CEO tadi decide untuk mulakan R&D.
🔻
Selepas 4 tahun menjalankan R&D,
untuk memastikan pemilihan bahan yang premium, berkesan untuk kesihatan,
selamat,
serta tidak mendatangkan mudarat.
🔻
Tahun 2006 CEO coffee dilahirkan,,
dengan harapan untuk tambah kualiti kesihatan kepada orang ramai.

Not made for coffee lovers semata-mata,
but made for setiap orang yang ingin menjaga kesihatan,
ramai yang minum kopi ni sebelum ni tak suka kopi pun, tapi simply for health purpose.

For coffee lovers - this coffee is a bonus for us 😉
Rasa kopi yang lembut dan asli, dengan 100% biji kopi asli untuk kita nikmati.
With a hint of YK Lingzhi goodness.
Meh cuba.

Note :
The name CEO coffee was chosen due to ilham dari CEO syarikat ini yang pada awalnya memilih untuk mencampurkan YK Lingzhi kedalam kopi Mr Terashima. Aishah came 
Distributor ID 2811453 
Telegram : https://t.me/gengsihatsecaraalami
My health blog : https://discoverabouthealth.blogspot.com

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.