Sunday, May 21, 2023

Mitos atau fakta : Sihat itu mahal

 

Dr.Jensen's Guide to Diet & Detoxification
Kalau sempat saya akan review buku ini di blog kesihatan
saya : DISCOVER HEALTH

“Makanan sihat ni mahal..”

Sebelum saya mula my makan sihat journey,saya juga perfikir perkara yang sama. 
Mahal dan leceh lah, kalau yang tak sihat ni anytime boleh beli.
.
Tapi bila dah mula jaga pemakanan kearah yang lebih sihat,
badan dah merasa sakit baru nak bertindak..

sebenarnya makan sihat ni boleh jadi lebih jimat & the best part is nikmat kesihatan yang ramai terlepas pandang.

1. Kalau dulu makan cereal atau roti for breakfast.
▫️Sekarang ganti kurma, keledek, telur atau kekadang fruits.
( Kalau malas makan saya minum protein drink - soya ada banyak kontroversi tapi ada yang ok,
cari sumber asli yang non GMO & bebas pureen )

2. Kalau dulu mesti ada kudapan between meals,
biasanya biskut.
▫️Sekarang no more kudapan - bila jaga pemakanan,
kita kurang craving untuk kunyah-kunyah dan belajar untuk makan secukupnya sekadarnya.

Perut juga perlukan rehat,
sakit perut masuk angin bukan tanda lapar tetapi tanda perut bermasalah.

Bila makan non-stop
= beban pada perut
= perut penat dan bila overworked & lousy eating habits/lifestyle mencetus kepada inflammation atau keradangan
= gastritis/gerd/angin/anxiety/sembelit/alergik

3. Kalau dulu rembat je sayur mayur yang ada kat grocery store.
▫️Hari ini kami cuba tanam sendiri sayuran untuk elak sayur yang dicemari racun serangga.
( Sihat & FOC )

4. Bila start makan sihat,
dinner sebelum maghrib.
▫️Tiada lagi sesi supper,
kalau ada pun sekadar layan kopi atau infused drinks 🍹
( secara tak langsung waktu makan kurang berbanding bila tak jaga makan.
Layan mee segera malam-malam masa tengah jahil, seronok tapi senyap-senyap menjadi pencetus kepada masalah kesihatan )

5. Perbelanjaan pun lebih jimat bila dah cut sugar,
bila stop gula putih & gula tersembunyi craving sangat kurang,
kuranglah dessert & seumpamanya..

This is my journey.
Setakat harini Alhamdulillah berjaya reverse beberapa masalah kesihatan iaitu gastritis , alahan makanan dan masalah angin yang agak menganggu jadual harian sebelum ini.

Saya akui,
perjalanan ini tak mudah,
but it’s possible dan ia bermula dengan kemahuan untuk improve kesihatan..

Seseorang pernah berkata,
“Jika harini kita berkira-kira untuk makanan yang baik kepada kesihatan kita,
esok-esok kita akan bayar harga yang lebih mahal untuk ubati penyakit kita..”

Sekadar perkongsian.
Bagi yang mahu tapi rasa sukar,
mula cari ilmu dulu,
ubah sikit-sikit ikut kemampuan,
perubahan tak perlu drastik.
Bagi yang rasa tiada keperluan untuk jaga kesihatan,
you do you 😊

Kesimpulan hari ini, "Sihat itu mahal, jika kita tidak rasa berbaloi untuk labur pada kesihatan kita. Dan akan terasa berpatutan sekiranya kita rasa kesihatan kita bernilai.." 

Sekadar perkongsian.
Muah ciked to #Geng_mak_mak
#SihatsecaraAlami

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.