Thursday, May 25, 2023

Kembali sihat secara fitrah

Nampak buruk sikit ,kalau belek belah dalam pages pun kuning.
Saya hadiahkan diri sendiri pada tahun 2010,
tahun ni umur masuk 13 tahun dah, masih berguna hingga hari ini.


How to discover and enhance your body’s natural ability to maintain and heal itself

Ini buku pertama yang saya baca dan menyentuh tentang 2 perkara yang penting :

1) Untuk kembalikan kesihatan secara fitrah,badan kita perlu lalui proses detoks

2) Proses krisis penyembuhan ( Healing crisis ) menjadi keperluan dalam menjayakan proses detoks

Dari buku Spontaneous Healing ini saya faham bahawa,
nak pulihkan kesihatan bukan semata-mata menukar diet untuk provide badan kita dengan lambakan nutrisi.

Tetapi,
ia harus dimulai dengan :- Proses “pembuangan”
atau “penyingkiran” toksin yang sudah lama terkumpul dalam badan kita.
Kerana toksin yang terkumpul akan block kemampuan sel kita untuk serap nutrisi yang baru masuk,
secara tak langsung nutrisi akan terbazir.


Kalau sebelum ni rajin makan fast food,
colouring tiruan, trans fat,
gula putih, OTC meds,
belum masuk kimia sintetik dari skin care dan cucian dalam rumah - benda ni lah yang menjadi racun dalam badan,mencetus radang,
makan masa bertahun untuk jadi penyakit,
dan agak mustahil untuk pulih dalam sehari dua.

Proses yang disebut “healing crisis” ini, 
tak ramai gemar becoz ia satu proses yang kurang selesa,
semakin banyak toksin yang terkumpul,
maka semakin tinggi potensi untuk rasa lebih tidak selesa semasa proses ”healing crisis” berlaku.

Bila kita dah mula tukar pemakan dan lifestyle,
kearah yang lebih sihat,
bagaimana nak tahu jika healing crisis sedang berlaku?

🔸Pembuangan :
sama ada melalui saluran yang biasa iaitu buang air besar / buang air kecik ( kekadang batu-batu pun ikut keluar )

🔸Kulit :
mungkin starting to sweat,
keluar bisul, gegata atau rashes

🔸Lain -lain :
circadian rhythm macam kacau sekejap,
hingus , kahak, mata berair dan sebagainya as long as something is coming out

Bila healing crisis berakhir,
detoks dapat berjalan dengan jaya,
dan badan akan mampu serap nutrisi yang masuk secara optima insya’Allah.
👇🏼
Next,
sel dalam badan dapat heal dan keluarkan sel baru yang lebih sihat.
👇🏼
Bila sel sihat,
tisu ikut sihat,
diikuti dengan organ dan sistem organ dapat diperbaiki,
termasuk sistem imun.
Jangan terkejut,
alergik pun boleh sembuh insya’Allah..
( We are not talking about hilangkan simptom semata-mata,
tetapi tentang treating the root cause )

Bila dah faham fungsi sistem dalam badan kita,
Allah dah ciptakan kita dengan sangat sempurna,
including kemampuan to ward off jangkitan dari luar,
keradangan dari dalam..
dan juga..
mampu redakan masalah imun sistem yang terlebih rajin ( autoimmune ) ,
namun bila kita masukkan pelbagai unsur yang tidak sihat,
walaupun sedikit tapi kerap,
it will build up in our body,
mula buat kacau,
dan nikmat kesihatan mulai hilang..

Good news is :
It’s never too late to learn new things insha’Allah..
kerana semakin kita belajar,
kita akan rasa semakin banyak yang kita perlu belajar..
Bagi yang sedang struggle untuk pulihkan kesihatan,
all the best to you and me.

Muah ciked to #Geng_mak_mak 😘

#reversekesihatan
#SihatSecaraAlami 

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.