Assalamualaikum..
Ramai sekarang mula berjinak untuk amal pemakanan bebas gluten atau gluten free,
bukan sebab cerewet tapi ramai dari kita sudah tidak sihat asbab pemakanan yang tak dijaga, waktu tidur yang kelaut, gaya hidup yang banyak terperap & hadap telefon serta kurang keluar untuk nikmati cahaya matahari..
Bila kesihatan dah merosot,
biasanya perut sudah bermasalah,
dan perut yang bermasalah akan alami kesukaran untuk cerna gluten,
makanan yang mengandungi gluten termasuk :-
- Tepung gandum dan produk dari gandum
- Barli / tepung barli
Bila sebut tepung termasuklah biskut, roti, pasta dan bermacam makanan lain yang datang dari bancuhan tepung.
Jika kita ingin perbaiki kesihatan perut & usus,
mulakan dengan berhenti makan gula & segala gula tersembunyi serta kurangkan atau totally avoid gluten.
Antara tepung gluten free yang mudah dibancuh buat cekodok :-
( ada jenis gluten free yang sukar untuk bentuk buat cekodok )
+ Tepung beras
+ Tepung ubi
+ Tepung jagung
Saya buat cekodok gluten free ni guna 3 bahan sahaja ( 4 bahan jika pisang tawar dan nak tambah organic raw cane sugar )
+ 12 biji pisang sederhana saiz : saya suka pilih yang kulit ada tompok hitam, elak pisang yang flawless
+ 2 1/2 cawan tepung beras
+ secubit dua garam
Lenyek pisang, campur dengan bahan lain dan gaul sebati.
Dah boleh goreng, terus siap!
Senang kan..
Hidang dengan secawan kopi CEO, perghhh sedap sangat.
( Visit www.ceokopi.com untuk more info - sedap & berkhasiat, bebas trans fat dan krimer dari santan )
Jemput cuba. Thank you for reading.