![]() |
| Gambar sekadar hiasan |
Bismillah..
Saya terpanggil untuk menulis tentang penyakit 3 serangkai yang banyak dihidapi oleh geng mak-mak muda masa kini terutamanya iaitu :-
i) Masalah sakit kepala termasuk migrain
ii) Masalah perut termasuk gastritis atau ramai sebut "gastrik"
iii) Alahan makanan atau food intolerance
Saya sendiri pernah alami ketiga masalah diatas, dan tahukah anda?
Untuk reverse atau pulih dari isu kesihatan diatas kita tidak perlu bergantung pada ubatan sehingga hujung hayat. Ada jalan yang lebih selamat tanpa kesan sampingan, saya dah buat dan saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri.
Yang kita perlukan adalah 3 perkara - usaha, disiplin dan kesabaran..
Sebelum kita teruskan,
penting untuk faham fungsi badan dan sistem dalaman kita supaya kita faham apa sedang berlaku bila kita dah mula jalankan langkah-langkah untuk reverse kesihatan kita.
Bila kita dah ada gastritis ( radang dalam perut ) = perut kita dah tak sihat, dinding dalam perut meradang sehingga pencernaan makanan terganggu, dan penyerapan nutrisi terbantut.
Jika keadaan gastritis dibiarkan melarut dan hanya bergantung pada ubat tahan sakit, lama kelamaan keadaan perut kita akan bertambah teruk, sehingga boleh menimbulkan ulser perut, masalah usus bocor atau leaky gut dan gerd.
Tanda gastritis sudah semakin kronik termasuk lah :-
~ Badan banyak angin
~ Kerap pening kepala
~ Emosi tidak stabil ( Cepat nak marah atau mudah annoyed dengan orang )
~ Mula dapat alahan makanan / sensitif terhadap sesetengah makanan
~ Air masam dalam tekak ( gerd )
"Berapa lama masa nak pulih?"
Lain orang lain tempoh. Kerana latar belakang, gaya hidup & cara pemakanan kita semua berbeza.
Usaha tanpa membandingkan dengan orang lain untuk elak frustration.
Langkah yang pertama ialah,
kita perlu lancarkan pembuangan air besar ( berak ) kerana sembelit menjadi dalang utama kepada pelbagai masalah kesihatan,
jika tak betulkan pembuangan penyakit akan sukar untuk dipulihkan.
Makan setiap hari,
membuang juga perlulah setiap hari untuk optimumkan fungsi badan dan bantu percepatkan pemulihan kesihatan kita.
Tips untuk lancarkan pembuangan air besar :-
+ Minum segelas air kosong di waktu pagi selepas bangun dari tidur
+ Minum secukup air
+ Jika ada pengambilan minuman berkafein - pastikan tiada bahan campuran yang meragukan
+ Henti makan semua jenis gula
+ Puasa gluten ( makanan berasaskan tepung gandum terutamanya )
+ Makan probiotik ( yang tidak dicampur gula tambahan )
+ Tambah serat dalam pemakanan
+ Bersenam
Selepas buang air besar dah elok ,
yang terbaik adalah bagi perut kita rehat. The best way is puasa.
Puasa beri peluang untuk perut rehat dan bantu melegakan keradangan.
Kemudian makan makanan berkhasiat supaya setelah pembuangan dan radang sudah reda,
maka badan kita perlukan nutrisi untuk bina sel baru menggantikan sel-sel yang sudak rosak dek radang sebelum ini.
Tips pemakanan untuk pulihkan kesihatan perut secara alami :
1. Makan protein dari sumber yang bagus seperti soya ( elak produk GMO ) untuk bantu pertumbuhan sel baru, ambil bromelain dan papain untuk bantu penghadaman.
2. Saya tidak stop kopi tapi saya hanya minum KOPI CEO kerana kopi ini mengadungi 100% real coffee beans dan tiada trans fat.
3. Untuk pastikan zat mineral semua lengkap saya hanya ambil YK BEE POLLEN - juga dikenali sebagai the most complete food , termasuk membekalkan cukup vitamin, zat galian & mineral maka kita tak perlu pening-pening nak cari multi vitamin.
4. Puasa sambal dan sayuran jenis nightshade
5. Puasa gula termasuk gula organik atau gula asli
6. Tidur awal
7. Stop makanan proses dan makanan segera
8. Doa diberi petunjuk kepada kesihatan yang baik dan kesabaran untuk jaga pemakanan serta gaya hidup
Kenapa penting untuk tangani masalah perut sensitif atau gastritis ni pada fasa awal?
Kerana dari perut yang bermaslah boleh membawa kepada :-
- masalah sistem imun
- masalah usus yang kronik seperti radang usus ( IBS ) , otot usus besar lemah dan kanser
- masalah emosi atau mental
- penyakit autoimun seperti rheumatoid arthritis
Sebu-sebu perut, kembung perut, badan banyak angin dan sering pening kepala bukan lah sesuatu yang normal. Ubat tahan sakit boleh menahan sakit sementara tetapi tidak bantu badan kita reverse untuk capai tahap kesihatan yang lebih baik.
Ada harapan untuk reverse secara alami.
Semuanya tidak mustahil asalkan ada kemahuan untuk berusaha dan ada keyakinan pada kemampuan tubuh badan kita, iaitu ciptaan oleh Allah SWT..
Semoga dipermudahkan..
#Sihatsecaraalami




