Friday, September 30, 2022

Childhood trauma : Unlearn & re-learn


Unlearn & relearn.
“Unlearning” ialah satu proses dimana kita usaha untuk ubah cara kita berpikir atau cara kita bertindak lain dari kebiasaan kita.

Ini bukan proses untuk jadi orang lain,
tetapi ini ialah satu proses dimana kita look back and learn from the past,supaya kita boleh kenalpasti dan accept trauma masa lalu yang mungkin mempengaruhi diri kita hari ini.

Contoh,
kekadang kita ada bad habits atau perangai yang dibentuk sepanjang kita membesar - seperti baran atau pentingkan diri sendiri ( Ini contoh, audit diri to see you have any selain dua ini ) dan kita tak nak pass this on to our children.
Serius.
Your childhood trauma jika tak dibendung,akan jadi warisan kepada anak-anak.
Ayat biasa kita dengar “break the cycle” 

Walaupun kita mungkin rasa,
“ this is who I am “ itu mungkin ego yang berkata-kata.
Kekadang kita perlu belajar untuk tepikan ego untuk unlearn perangai dan habits yang dah lama duduk dalam diri kita supaya kita boleh belajar untuk pupuk new habits dan flourish perangai yang lebih baik.

Today, we are a parent. Today, kita ada pasangan.
Jika kita tidak address our past trauma kita mungkin menjadi parent atau pasangan yang zalim.
Note : tak semua orang ada trauma masa lampau dan ada yang tak sedar ada trauma.

This process is not simple.Dan mungkin ambil masa bertahun untuk adjust.
Tapi jika kita nak ubah,it’s never too late to start.

Be the change you want to see in others. Kalau taknak takpe.

Muah ciked to  #Geng_mak_mak 😘
Baju sedondon we olls sponsored by www.imannabdul.com

Tuesday, September 6, 2022

Pay attention kepada kesihatan perut

Semalam, saya jumpa seorang gadis yang baru beberapa bulan kehilangan ibunya setelah menghidap kanser.

I was dumbfounded by her story.
Dia kata,
bila borak-borak dengan pesakit kanser dalam wad kanser, they all shared one similar symptom with her mother before they were diagnosed with cancer.

Semua ada sakit perut.
Kanser jenis lain-lain, tapi all of them ada some sort of perut issues.

Bila cakap sakit perut macam small matter je kan, tapi bila berulang-ulang,
mungkin kita patut take it as a sign to audit gaya hidup kita, apa kita makan dan adakah badan kita membuang as it should.

Today,
bila ngopi dengan kenkawan yang umur dah masuk late 20’s or early 30’s I realized,
3 benda ini agak common :
- Food intolerance
- Sakit kepala
- Murung/anxiety

And these 3 secara langsung atau tidak, ada kaitan dengan kesihatan perut /usus.
( mungkin sebab perut tempat utama yang kita isi dengan bermacam kemeriahan it could be the main root cause to many penyakit )

Disclaimer :
Sekadar perkongsian untuk renungan. Becoz I don’t want to renung sorang-sorang
Yang taknak renung takpe..

Muah ciked to #Geng_mak_mak 😘
Featuring my feveret no1 coffee from www.ceokopi.com

Thursday, August 4, 2022

What's it like : Bebas gadget

 "..when you don't have the phone, you kind of just enjoy the world.."

Not my words.
Ini petikan dari sebuah video yang saya tonton tentang pengaruh smart phone tanpa kawalan dalam kehidupan harian. Keatas anak muda khususnya.

Dari pengalaman sendiri :-
[ X ] Bila anak main gadget, dia kurang selera nak makan.
[ / ] Bila anak bebas gadget, dia berselera makan. [ X ] Bila anak main gadget, dia tak minat outdoor activities, tak minat nak main lari-lari, tak minat nak mandi sungai. [ / ] Bila anak bebas gadget, dia mula tunjuk minat untuk outdoor activities, dia mula minat nak main lari-lari, dia mula tunjuk minat untuk explore nature. [ X ] Bila anak main gadget, dia tak nak berkawan. Dia nak kawan dengan gadget jer. [ / ] Bila anak bebas gadget, dia mula belajar berkawan. Dia nak main dengan kawan-kawan.
Jangankan kanak-kanak,
kekadang kita yang dewasa pun leka dan lalai dengan medsos hingga tak tersedar berapa jam yang dah berlalu.
If you are a parent yang nak berhenti/kurangkan masa anak main gadget, remind yourself proses ini tak boleh ubah sekelip mata, take one step at a time - ia akan ambil masa dan perlukan usaha dan kesabaran. Tapi it is possible.
InsyaAllah. Where there is a will, there is a way.


Note :
What is best for us may not be the best for others. Gadget free atau tidak, no need to judge other parents.
Mungkin kita rasa cara kita terbaik untuk anak kita , tapi cara kita bukan terbaik untuk setiap orang.
As long as masing-masing tidak ingkar Al-Quran dan sunnah, ingatkan diri untuk hormat pilihan orang lain.
Hidup nak tenang-tenang,bukan asyik nak menang.

All the best to you and me!
Muah ciked to #Geng_Mak_Mak 😘

Sunday, March 13, 2022

Childhood Trauma ( Trauma zaman kecil / zaman kanak-kanak )


Childhood trauma.

Secara ringkas,
pengalaman buruk atau kurang baik kita lalui waktu kecik yang meninggalkan efek dalam diri kita sehingga kita dewasa.

Baru-baru ini,
my friend and I berdiskusi tentang how sour moments yang pernah dilalui waktu kanak-kanak yang mungkin membentuk sikap seseorang (secara tak sedar) dan mungkin masih terbawa-bawa dalam diri sehingga diri sudah dewasa.

Contoh :-
1. Membesar dalam environment parents baran.
Efek : Anak membesar dengan isu baran atau kurang sabar.
2. Membesar dengan environment yang rajin ketawakan orang, mengejek atau merendahkan orang lain.
Efek : Anak membesar suka ejek dan merendahkan orang atau kurang yakin diri dan kemurungan.
3. Membesar dengan abusive enviroment. ( Sama ada physical, mental or emotional abuse )
Efek : Anak mungkin membesar dengan kurang rasa empati, anxiety atau kurang keyakinan diri.

Sikap yang anak-anak absorb dan bawa hingga ke dewasa ini, mereka akan pass down kepada anak-anak mereka pula.
A vicious cycle.

To stop this cycle,
it starts with us:-
1. Muhasabah diri,
adakah kita membawa sebarang sikap yang kita sendiri tak suka.
2. Jika ada, you have to admit you have an issue - dan perlu ada kemahuan untuk ubah sikap itu.
( You may not be able to change yourself in one night,
tapi inshaAllah kita mampu kawal sedikit diri kita )
3. Niat untuk pass down sikap yang lebih baik kepada anak kita dan tidak mahu mereka melalui childhood trauma yang sama seperti kita.

Once you are a parent,
kita ada tanggungjawab untuk didik anak.
Mulakan dengan healing our inner self first , supaya kita mampu elak dari berbuat zalim kepada anak-anak kita.

Being a parent is not about telling your child what to do,
it’s about showing them how things get done.
You are their no1 role model.
All the best!

Tak setuju takpe ✌️
Muah ciked to #Geng_Mak_Mak 😘

Thursday, March 3, 2022

Muhasabah diri : Narsistik atau tidak ?

 



Teringat satu artikel yang bercerita tentang hubung kait “self-pity” sebagai cabang “narcissism”

At first,
kita mungkin rasa kesian dengan diri sendiri, kesian sikit-sikit is ok,
cuma kita perlu learn to face our trauma in life and move forward.
It gets unhealthy bila,
kita mula rasa kesian berlebihan dengan nasib diri dan kita meyakinkan diri kita lah orang paling malang dalam dunia ini.
( End up everywhere we go kita fokus pada mencari simpati, bukan cari solusi )

Next,
datang perasaan kuat untuk raih perhatian dan belas kasihan dari manusia sehingga kita kekadang bertindak secara selfish, hingga sakiti orang lain,
semata-mata nak all the attention for yourself.

Eventually,
we believe hidup kita lah terpaling kesian and everyone yang dah dengar kisah kita needs to attend to our needs becoz kita rasa perjalanan hidup kita lah yang paling mencabar,
yang hadapi paling banyak tekanan dan paling tragis ( Walaupun sometimes tidak )

When people don’t react according to our expectations - mula lah datang sangka buruk dalam hati, rasa orang lain tak peduli,
dan bila orang tak faham kita rasa semua orang selfish.
( Tapi bila cermin diri - kita yang sebenarnya tak peduli tentang orang asal kita dapat apa kita nak. )

As we get older and get married - kita akan jadi manusia toxic yang ingin control our spouse and our children secara berlebihan,
sama ada sedar atau tidak.
Sehingga kehadiran kita brings about tension kepada orang sekeliling,
dan anak-anak sukar untuk grow kerana kita rasa semua orang perlu ikut cakap kita.

Benda ni mungkin kita tak perasan,
tapi jika kita pernah lalui trauma dalam hidup - cermin diri selalu,
supaya kita boleh nampak ruang untuk baiki diri dan tidak menjadi toxic kepada orang lain.
( Kalau orang yang tegur sikap kita,
biasanya kita akan defensive, be in denial and rasa diri kita je betul.. )

If you don’t learn to heal yourself,
you will not break the toxic cycle.

Start with :
Belajar untuk yakin setiap ketentuan adalah dari Nya, pasti ada hikmah.
Tak ada yang kebetulan.

Benda nak ubah tak senang,
tapi mustahil inshaAllah.
Tinggal tanya diri je,
nak break the cycle atau tidak.

Sekadar perkongsian untuk direnungi.
Muah ciked to #Geng_Mak_Mak 
😘


About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.