Sunday, November 1, 2020

Macamana nak tenang bila ada anak kecik?

 Assalamualaikum geng mak-mak :)

Mak-mak yang ada anak lebih dari satu mesti faham bagaimana situasi kelam dan kabut bila jaga anak kecik ni.
Terutamanya jika anak dalam lingkungan 1 hingga 9 tahun. 
Umur tengah aktif, 
tengah baru nak belajar memanjat, segala benda dia nak panjat. 

Kejap lagi anak sama size dengan mak


Dan tak perlu saya ingatkan, 
mak-mak jarang rasa aman bila pergi ke bilik air. 

Sometimes
benda ni buat sesetengah mak jadi stress, 
jadi moody dan asyik nak melenting. Mungkin dari situ timbul pepatah " mak kau hijau.." 

2 tips yang boleh saya kongsikan hari ini supaya kurang sikir episod mak tukar jadi hijau di rumah ;-

1) FAHAM. 

Nak faham apa? 
Faham bahawa anak-anak kita sedang growing
dan dalam tempoh masa sebelum mereka remaja pasti mereka anak ada minat untuk explore apa yang ada disekeliling dia.

Adakalanya, hingga menimbulkan sepah sana sini. 

It's OK. Ajar anak untuk kemas selepas buat sepah. 
( Note: 
Bila kita dah kahwin, dan ada anak, mohon padam dulu impian nak rumah bersih berkilat 24jam, kecuali kita memang ada seorang bibik yang kerja dia mengemas aje sepanjang hari )

Dan jangan minta anak-anak faham kita penat nak kemas. 
Kita yang dewasa, 
we should understand them dan cari jalan untuk guide them how to manage the mess they made.

Stop saying " Mak penat ni, adik tak faham ke.." 
Memang dia tak faham. Dia baru umur setahun dua, apa je dia faham tentang penat.

2) JANGAN BANDING

Jangan banding rumah kita dengan rumah orang lain. 
Jangan banding anak kita dengan anak orang lain.
Yang perlu kita fokus ialah, 
bagaimana kita beri perhatian yang cukup pada anak. 

Bukan bermakna tidak perlu pastikan rumah dikemas, cuma pilih untuk bersederhana, 
dan elak rasa tertekan bila setiap 13 minit anak buat sepah.
Time anak tengah bermain biar dia main sampai habis kemudian kemas sama-sama. 

Embrace and enjoy the journey
nanti anak dah besar what memories do we want them to cherish? 

Gambate geng mak-mak!



Thursday, May 7, 2020

Nak ganti gula putih dengan apa?

Assalamualaikum.
tahukah anda?

Gula putih telah menjadi budaya untuk dicampur kedalam hampir kesemua makanan yang kita makan, tetapi ramai terlepas pandang bila kita makan gula putih setiap hari dari kita kecik sampailah kita masuk 20-an, 30-an dan seterusnya,
kesan gula putih dalam badan kita sangat menakutkan sebenarnya.
Maybe saya akan ceritakan dalam next posting,
kenapa kita sangat digalakkan untuk hentikan pengambilan gula putih dalam diet harian.

Boleh ganti kepada gula kabung, gula merah, molasses dan bermacam jenis gula organik yang lebih sihat.
Pilihan saya setakat ini, jaggery (gula merah) dan juga ORCS (organic raw cane sugar).
.
Memandangkan hari ini Ramadan ke-15,
Saya nak kongsikan resepi pencuci mulut kegemaran anak-anak saya:-
.
TEPUNG PELITA PANDAN TANPA KUKUS
(Kurang manis, tanpa gula putih dan tanpa pewarna tiruan)

Walaupun hijau dia tak terang,
rasa pandan original terserlah inshaAllah dengan resepi ini.

Rupa dia mungkin tak menawan tapi bila masuk mulut, alhamdulillah licin.

=======
RESEPI
=======

BAHAGIAN BAWAH (Hijau)
1 Cawan tepung beras
1 Cawan organic raw cane sugar
3 Cawan air suam
5 helai daun pandan + 1 cawan air (blend)
( jika kurang gemar rasa pandan, boleh ganti titisan pewarna )

BAHAGIAN ATAS (Putih)
5 sudu besar tepung beras
Santan sebiji kelapa 200-250ml
(Atau satu kotak santan kecik pun boleh)
3 cawan air
Satu sudu kecil garam

========
CARA-CARA
========

1)Masukkan semua bahan-bahan untuk bahagian hijau kedalam periuk,
on api sederhana dan kacau biar sebati.

2)Terus kacau sehingga adunan tadi jadi likat, dan meletus-letus.

3)Bila dah cukup likat, boleh tutup api dan terus tuangkan dalam bekas.

Note:
(i)Tinggalkan ruang untuk kita tambah adunan santan kejap lagi.
(ii)Perlu tuang semasa panas kalau tunggu sejuk adunan akan mengeras.
(iii)Biasanya guna bekas kecil, senang nak makan

4)Next,
campurkan semua bahan-bahan untuk bahagian putih kedalam periuk baru.

5)On api sederhana, dan kacau hingga likat.
(Kelikatan kurang berbanding bahagian hijau,
bila adunan dah meletus-letus boleh off api)

6)Dah likat, boleh tuang terus keatas bahagian hijau yang awal tadi.
Biarkan sejuk. Dah siap 😊

Note:
Adunan yang berada diatas api hendaklah dikacau beterusan dari awal sehingga jadi likat,

untuk elak adunan menjadi berketul dan masak tidak rata.



Selamat mencuba!

Thursday, April 30, 2020

Bagaimana nak ajar anak-anak makan sihat?

Assalamualaikum.
The first thing kita patut buat sebelum ajar anak makan sihat ialah:-
ajar diri sendiri makan sihat.

Kadang-kadang parents ni nak betulkan anak, tapi terlupa untuk betulkan diri sendiri.

Percaya dan yakinlah,
bila kita ajar diri kita sendiri dan kita walk the talk, insyaAllah anak akan ikut dan mereka akan respect kita kerana, kita tidak sekadar cakap kosong.
Nak ajar anak makan sihat?
Mak-mak jom makan sihat dulu.

Ini salah satu resepi dalam cubaan saya untuk masak sihat.
Jemput tengok dan jemput lah cuba.

Gandingan kopi CEO dengan Donut Jaggery sedap!
  

JAGGERY MINI DONUTS

(Donut mini kurang manis tanpa gula putih)

Resepi asal donut biasa,
saya adjust sikit sebab rumah memang tak guna susu pekat dan gula putih.

Rupa donut ni buruk sikit,
tapi rasa dia Alhamdulillah sedap (kurang manis berbanding donut biasa) dan lembut!

=======
RESEPI
=======

4 Cawan tepung gandum
1 Peket yis
1 Cawan air suam
4 Sudu besar susu segar
2 Sudu jaggery (gula merah)
1 Sudu kecil baking powder
1 Sudu kecil garam
2 Sudu butter
Minyak masak untuk menggoreng

========
CARA-CARA
========

1)Sediakan 2 bekas,
dalam 1 bekas campurkan yis, jaggery, air suam dan susu segar.
Tinggalkan sekejap hingga yis kembang.

2)Dalam lagi satu bekas,
campurkan tepung, baking powder, garam dan butter.

3)Bila yis dah kembang,
campurkan adunan yis + adunan tepung tadi.
Gaul dengan rata.
Lepas gaul, biarkan adunan dalam satu jam untuk mengembang.
(Tutup bekas dengan goodmorning towel,
atau kalau takde tutup aje dengan apa yang ada kat dapur tu)

4)Lepas sejam,
nampak adunan dah kembang bulat dengan berjaya - boleh mula uli donut kita.

Yang saya buat ni kecik,
uli saiz macam keria,
senang anak-nak nak makan.
(Kalau doh melekat,boleh sapukan tepung atau butter pada tangan sebelum uli)

5)Panaskan minyak dalam kuali,
minyak dah panas boleh masukkan doh donut yang siap diuli tadi,
nampak dah keemasan, pusingkan biar dua-dua belah donut keemasan.
Dan boleh lah keluarkan keatas pinggan.

6)Donut yang masih panas,
terus taburkan jaggery secukup rasa diatasnya.
Siap untuk dimakan,
panas-panas perghhh inshaAllah 👍

Sesuai untuk breakfast ,minum petang atau kudapan di malam hari.

Makanan.
Ini lah pengenalan dan pembukaan kepada blog baru saya,
 geng mak-mak anak tiga.


About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.