![]() |
| Anak-anak enjoy makan ganoderma cookies |
![]() |
| Ruangan selesa untuk ajak kawan-kawan mengopi |
Distributor ID : 2811453
Hubungi kami : +6018-2365920
Telegram : https://t.me/gengsihatsecaraalami
Mak anak 3 | Perkongsian solusi reverse kesihatan secara alami / holistik | Shuang Hor Distibutor
![]() |
| Anak-anak enjoy makan ganoderma cookies |
![]() |
| Ruangan selesa untuk ajak kawan-kawan mengopi |
Assalamualaikum.
Jom ambil tahu.
Organ hati adalah organ dalaman yang terbesar.
Besar size bermaksud, besar juga tanggungjawab yang dibawa.
Hati ada lebih 500 fungsi penting dalam tubuh kita.
Antaranya adalah detoksifikasi, atau bahasa lain nyahtoksin dimana ia bertanggungjawab untuk mengurus bahan toksin yang masuk kedalam tubuh kita supaya ;-
1. Tidak menjadi racun kepada tubuh
2. Untuk disingkir dari tubuh supaya tidak jadi beban
Organ hati ini umpama "penapis" yang menapis segala benda yang masuk kedalam tubuh kita, dan mengurus sebarangan ancaman yang bersifat toksik.
Namun, ia hanya dapat berkerja dengan baik sekiranya ia berada dalam keadaan sihat.
Jika ia tidak sihat, maka disini jadi permulaan kepada lambakan toksin dalam tubuh kita.
![]() |
Assalamualaikum,
mungkin ramai dah biasa dengan sistem imun. Dan banyak juga yang datang bertanya tips untuk kuatkan sistem imun..
Yang kita mahu sebenarnya adalah sistem imun yang selaras.
Tidak terlalu kuat, dan tidak terlalu rendah.
Selaras ini bererti, ia boleh dilaras ikut keperluan. Dalam waktu ada jangkita, ia menguatkan diri dan bila masa isu autoimun menyerang, ia boleh menurunkan kekuatan.
Autoimun berlaku bila sistem imun jadi terlebih aktif, sehingga menyerang tubuh badan kita sendiri.
Fungsi utama sistem imun
Sistem imun adalah satu organisasi yang kompleks,
terdiri daripada organ, tisu, sel dan molekul yang berkerjasama.
Antara 2 fungsi utama sistem imun yang penting kepada manusia adalah :-
1. Melindungi badan dari ancaman luar, atau dari pencerobohan bendasing seperti bakteria, kuman, virus, dan sebagainya
2. Melindungi badan dari ancaman dari dalam seperti mutasi sel , keradangan dan autoimun.
Jika dilihat kedua fungsi ini Allah SWT kurniakan sistem yang cukup sempurna untuk menjalankan kerja pertahanan dan pencegahan dari penyakit. Sama ada dari luar, atau dari dalam.
Namun sistem ini boleh jadi lemah, kacau bilau atau terlebih aktif bila ada faktor penyumbang seperti pemakanan dan gaya hidup yang tidak menentu.
Sistem imun yang sihat secara ringkas mampu untuk :-
+ Melindungi badan dari diceroboh bendasing
+ Menyingkir toksin
+ Membunuh sel tumor
+ Mengenal pasti ancaman dan mengeluarkan antibodi secara spesifik serta menyimpan data penceroboh yang pernah masuk kedalam badan
+ Melancarkan serangan dan memusnahkan patogen
Sistem imun yang tidak sihat pula tidak dapat berkemampuan menjalankan kerja diatas dengan baik,
sekaligus mengakibatkan :-
- Masa yang lama untuk urus penceroboh
- Kecelaruan sistem imun , jika terlebih aktif akan mula menyerang sel & tisu dalam badan
Respon imun > Sum-sum tulang > sel darah putih dalam darah & tisu
+ Berkerja beberapa minit atau jam selepas jangkitan muncul, salah satu tandanya adalah demam.+ B cell > Plasma cell > Penghasilan antibodi untuk melawan jangkitan patogen
+ T cells :
1. Helper T cells : bebaskan cytokines & bantu koordinat untuk sel darah putih & B cell
2. Cytotoxic T cells : membunuh secara spesifik
![]() |
Bismillah..
Bercerita tentang antibiotik. Ubatan yang saya pasti agak dikenali terutamanya bagi sesiapa yang kerap kunjung ke rumah sakit a.k.a. hospital.
Antibiotik pada awalnya ( penicillin ) adalah hasil dari penulenan kulat.
Bakteria dan kulat secara semula jadi bersaing untuk merebut kawasan jajahan dan antibiotik adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pertahanan bagi kulat untuk menewaskan bakteria [1]
Pada masa kini,
antibiotik diberikan untuk mencegah jangkitan bakteria, termasuklah :-
- Jangkitan telinga
- Jangkitan tekak ( strep throat )
- Pneumonia ( paru-paru )
- UTI ( Urinary Tract Infections )
- Sifilis ( Syphilis ) & gonorrhea ( Jangkitan melalui aktiviti seksual )
- Lyme disease
- Jerawat
Namun, ada masanya antibiotik juga diberikan dalam keadaan dimana tiada jangkitan yang nyata.
Pendekatan yang diambil untuk mencegah jangkitan, contohnya selepas pembedahan.
Antibiotik tidak mencegah jangkitan virus.
Berbalik pada bahagian awal penulisan ini,
ia bertujuan untuk mencegah jangkitan bakteria.
Kesan yang mungkin dari penggunaan antibiotik [1]:-
1. Kerintangan terhadap bakteria ( Antibiotic resistance )
Apa berlaku?
Bakteria berevolusi untuk melawan antibiotik maka ia jadi kalis, dan boleh melindungi diri daripada dibunuh antibiotik.
Keadaan ini cenderung berlaku bila berlebihan antibiotik digunakan.
Bila bakteria kalis terhadap antibiotik, maka bakteria yang perlu diurus tidak terkesan.
2. Toxicity
Antara kesan yang mungkin, dikaitkan dengan pengunaan antibiotik :-
- Ruam & cirit
- Masalah pendengaran & kerosakan buah pinggang
- Loya & sakit abdomen
- Kelunturan warna gigi bagi kanak-kanak
- Meningkatkan sensitiviti kepada cahaya matahari
- Radang mata
- Insomnia ( Sukar tidur malam )
- Kelesuan
- Jarang berlaku, tetapi mustahil kerosakan tendon
3. Reaksi alergik / alahan
Alahan kepada antibiotik antara satu kebiasaan dikalangan kanak-kanak dan dewasa.
Dan ada antara kita tidak tahu menahu kita ada alahan ini,
sehinggalah kita diberikan preskripsi antibiotik dan mendapat reaksi alahan.
Jika selepas pengambilan antibiotik anda perasan simptom yang berikut , sila maklum kepada doktor dengan kadar segera :
Bengkak bibir atau muka, gegata ( urtikaria ) , tekak gatal, muntah-muntah dan sesak nafas.
4. Kerosakan mikrobiome ( Keseimbangan bakteria dalam tubuh )
Pentingnya bakteria baik dalam usus kita adalah kerana mereka membantu pencernaan dan merembeskan posbiotik atau metabolit ( postbiotics / metabolites ) seperti Vitamin K, kumpulan Vitamin B dan juga SCFAs ( Short-chain fatty acids ) atau asid lemak rantaian pendek.
Selain itu, bakteria baik juga membantu melawan jangkitan dan mempengaruhi keseluruhan kesihatan kita, bukan sahaja fizikal malah mental.
Antibiotik, walaupun diberikan untuk hapuskan bakteria jahat namun pada masa yang sama ia turut memusnahkan bakteria baik.
Gangguan kepada keseimbangan bakteria baik dalam usus ini boleh merosotkan lapisan dalam dinding usus dan mengakibatkan kebocoran kandungan usus meresap masuk kedalam saluran darah.
Dinding usus yang kebocoran ini tidak dapat menjalankan kerja,
ini boleh mencetus reaksi sistem imun dan juga boleh melarat kepada penyakit autoimun.
Dikatakan,
antiobiotik juga dikaitkan dengan kepupusan sesetengah bakteria baik dalam usus.
Jika perlu ambil antibiotik pastikan memang perlu [2]
Selain itu yang pengunaan sanitasi, produk pencucian dan bahan luntur juga mengancam kesihatan mikrobiome.
Seorang doktor yang menguruskan kanak-kanak dan remaja dengan masalah gangguan mental mengatakan, jika dia memberikan pesakitnya antibiotik dia turut mencadangkan pengambilan probiotik dan prebiotik untuk mencegah dysbiosis ( Gangguan keseimbangan bakteria dalam usus ) [3]
5. Kemerosotan mitokondria
Mitokondria dalam sel adalah penjana tenaga bagi tubuh badan kita, bila ia rosak maka kita mudah rasa penat dan lesu tanpa sebab yang ketara.
Pengunaan antibiotik boleh merosotkan perlindungan mitokondria dari kerosakan oxidative stress dan juga boleh mengubah DNA mitokondria.
Boleh take note ;-
Jika dalam keadaan yang memerlukan contoh ada jangkitan yang sudah menular dalam tubuh,
maka antibiotik harus diberikan.
Jika ingin langkah pencegahan , ini adalah semasa kita masih sihat, bukan semasa kecemasan.
Menurut Dr Andrew Weil,
jika mengambil antibiotik pastikan ambil kira juga kesan jangka masa panjang dan pendek keatas tubuh badan kita, supaya kita tahu langkah yang perlu diambil selepas pengambilan antibiotik.
Pengambilan antibiotik adalah untuk jangkitan bakteria, bukan virus.
Boleh bertanya kepada doktor jika anda ada persoalan tentang preskripsi yang diberikan,
dan jangan pandai-pandai memberi diri makan antibiotik tanpa nasihat pakar dan tanpa tahu menahu jangkitan apa yang sedang berlegar dalam badan anda.
Usaha juga untuk bina semula sistem imun dengan aktiviti yang sesuai, jaga waktu rehat/tidur dan fahami langkah-langkah yang perlu untuk minimakan kesan sampingan serta untuk pulihkan semula keseimbangan bakteria baik dalam usus.
Bagi yang mencari solusi probiotik yang alami dan selamat untuk kanak-kanak dan dewasa.
Boleh lihat posting ini >> Probiotik. Prebiotik. Posbiotik <<
Semoga penulisan ini bermanfaat.
-----------------------------------------
Rujukan
1. Mind Over Meds - Andrew Weil, MD.
2. I'm So Effing Tired - Amy Shah, MD.
3. Brain Inflamed - Dr. Kenneth Bock