Thursday, March 5, 2026

7 Peringkat penyakit | Penyakit ambil masa untuk terjadi, bukan tiba-tiba

 Bismillah..

Saya faham, ramai dari kita bila diuji dengan sakit kita akan rasa nak cepat-cepat baik. 
Tetapi, 
we don't always get what we want. 
Kita akan dapat apa yang telah ditentukan untuk kita. 

Dalam pendekatan holistik, kami tidak cepat-cepat memilih untuk menahan simptom. 
Sebaliknya, kami cuba bantu tubuh untuk urus penyakit dan toksin dari akar. 
From the root cause.

Dr.Benard Jensen pernah berkata,
"We don't catch diseases, we create them by breaking down the natural defenses according to the way we eat, drink, think & live"

Secara ringkas,
maksud ayat diatas tubuh kita tidak tiba-tiba diserang dengan penyakit. 
Kita yang mencetus penyakit dengan meruntuhkan sistem pertahanan kita sendiri dengan cara kita makan, minum, fikir & hidup. 

Ayat lain, kita yang menzalimi tubuh sehingga sakit. 
Namun, usah berasa bersalah. Adakala kerana kekurangan ilmu & kesedaran maka kita bertindak tanpa sengaja.

Siapalah yang merancang untuk sakit.
Betul? 

Jika anda sedang mencari ikhtiar untuk undur atau "reverse" isu kesihatan dan berharap untuk sihat sampai tua, bebas penyakit & bebas ubatan. 
Jom faham dulu proses terjadinya penyakit & peringkat penyakit. 
Memahami tahap penyakit kita, bagi saya sangat membantu kita untuk lebih konsisten & istiqamah bila berusaha. 

Ini hanyalah perkongsian ilmu. Bukan rundingan kesihatan.


Apa itu 7 peringkat penyakit?


1. ENERVATION : Kelemasan

Keadaan dimana, tubuh tidak mendapat tenaga atau sokongan yang cukup untuk menjalankan fungsi normal tubuh secara alami. 
Tubuh mula terbeban. 

Ini permulaan kepada "tabungan" beban keatas tubuh. 
Toksin sedang mula terkumpul kerana fungsi detoks normal mungkin sudah mula culas.

Antara tanda awal tubuh berada di fasa kelemasan :

⚠ Mudah lesu & penat 
⚠  Tidur siang atau tidur malam lebih panjang dari biasa
⚠  Selera mula berkurang - ini adalah tindak balas dari tubuh untuk kurangkan "kerja" kerana, proses penghadaman adalah beban bila tubuh sudah mula bermasalah. 

Kelemasan in idipengaruhi oleh pemakanan yang tidak sihat, lemah secara menyeluruh, kemurungan, selera kurang, tanda vital atau tenaga terganggu.

2. TOXEMIA : Toksemia 

Masuk ke fasa kedua degenerasi tubuh.
Pada tahap ini tubuh mula "keracunan" akibat dari fasa permulaan diabai.

Fasa 1 yang tidak diurus mengakibatkan semakin banyak lambakan toksin berkumpul dalam tubuh apabila tubuh semakin culas untuk singkir toksin di saluran yang betul.

Organ penapis & saluran detoks tidak menjalankan kerja dengan cemerlang, 
ini termasuklah organ usus, kulit, pengaliran darah & limfatik.

Tenaga kita, 
banyak digunakan untuk tujuan penghadaman, asimilasi, stimulasi & penyingkiran. 

Jika banyak tenaga dihabiskan untuk menghadan unsur yang toksin, 
seperti kandungan tiruan dalam kopi, alkohol, gula, tembakau atau sumber yang tidak organik - ini
mengkibatkan ketandusan tenaga pada tahap sel. 

Dan seterusnya? 
⚠Tubuh menjadi "lubuk toksin" 
⚠ Fungsi organ menjadi lembab 
⚠ Terasa lemah  
⚠ Lebih mudah diserang penyakit

Ada satu simptom universal, 
yang menjadi tanda tubuh sedang menyingkir toksin dalam badan iaitu - DEMAM.

Menurut Harvey Diamond, 
"In my 30 years of experience, I have never seen or even heard of a single person young or old who actually died unless the fever patiend was drugged

Terjemahan : 
"Dalam 30 tahun pengalaman saya, saya belum pernah lihat atau dengar seorang yang muda atau tua meninggal akibat demam, kecuali dia diberikan dadah" 

Ketika demam, 
yang lebih baik adalah memberi sokongan kepada fungsi tubuh dengan mengurangkan makan, cukup minum air, berehat dan beri ruang kepada tubuh untuk berkerja.
Demam akan mula surut apabila toksin mula disingkirkan.


3. IRRITATION : Iritasi

Tubuh mula masuk ke fasa pertahanan & tingkatkan aktiviti dalaman, 
antara simptom yang mungkin anda perasan :- 

⚠ Radang atau gatal kulit 
⚠ Hidung tak selesa atau gatal-gatal 
⚠ Mudah marah, emosi tak stabil dan serba tak kena
⚠ Keresahan, kemurungan dan risau
⚠ Sukar tidur atau tidur tak lena
⚠ Berat tak ideal 
⚠ Lidah bersalut putih, nafas berbau atau tubuh mula bau kurang enak
⚠ Wajah kusam, lingkaran gelap pada mata 
⚠ Corak kitara haid tidak regular

Keadaan ini disebabkan oleh dalaman yang asidik, tinggi asid dari pemakanan.
Contohnya dari gula, makanana bergoreng, minuman berkarbonat, kopi yang tidak berkualiti & antibiotik yang menganggu keseimbangan pH dalam tubuh dan lama kelamaan menimbulkan iritasi kepada tisu.

Keadaan ini kita mungkin dah rasa tak selasa, 
atau rasa macam "Dah tua" dan jika kita masih teruskan pemakanan & gaya hidup semasa - ini yang ramai buat. Kita bakal memasuki fasa ke4 iaitu fasa KERADANGAN..

Keradangan yang berlaku pada peringkat sel
"mencacatkan" struktur & membantutkan fungsi alami

4. INFLAMMATION : Keradangan

Saat tubuh kita tiba pada fasa ke-4 ini, 
ketahuilah bahawa keradangan adalah situasi yang paling "sengit" dimana tubuh sedang sedaya upaya membersih & memperbaiki diri. 
Pada saat inilah, 
kita lebih sedar bahawa tubuh sedang merosot kerana kita akan mula rasa SAKIT. 

Rasa atau sensasi SAKIT ada sebab.
Tubuh sedang berkomunikasi.

Rasa sakit bukan satu masalah atau penyakit yang perlu ditahan atau dipadam. 
Ia perlu difahami. 

Rasa "sakit" tanda badan sedang dalam mode healing, atau memperbaiki diri.
Bukan tanda tubuh kita sedang diserang.

Pengambilan ubatan untuk mengurang atau "supress" rasa sakit, tanpa memberikan perhatian kepada punca hanya menyumbang kepada tahap toksemia dalam tubuh,
dan secara tak langsung memberikan satu harapan palsu bahawa isu itu sedang diurus. 

Dengan adanya keradangan,
ini antara petanda tubuh kita sudahpun menyimpan toksin yang pekat.

Rujuk kepada carta "Pathways to health & disease" oleh Dr Benard Jensen ini yang menunjukkan kemerosotan kesihatan berlaku selari dengan peningkatan toksin dalam tubuh.

Pada waktu yang sama, perkumuhan tubuh semakin lembab dan semakin corot.

Kepekatan toksin dalam tubuh biasanya menumpu kepada satu kawasan / organ dengan tujuan usaha tubuh untuk singkirkan toksin tersebut - inilah kawasan yang akan alami keradangan akibat dari bebanan yang berulang.

Isu keradangan yang di diagnos biasanya hujungnya ada "itis" 
Dimana "itis" bermaksud keradangan. 

Antara contohnya, 
1. Tonsilitis = Keradangan tonsil 
2. Appenditis = Keradangan appendiks 
3. Arthritis = Keradangan sendi 
4. Hepatitis = Keradangan hati 
5. Gastritis = Keradangan ruangan gastrik ( Perut ) 
6. Dermatitis = Keradangan kulit 


Bila iritasi pada kulit contohnya dibiarkan, 
berlakunya dermatitis = keradangan pada kulit. Antara jenis isu kesihatan yang mungkin? 
Ekzema, psoriasis dan sesetengah jenis lupus. 
Ini petanda, tubuh sedang berusaha untuk singkir lambakan toksin melalui kulit.

Keradangan juga tercetus dari pembentukan seperti batu di sendi, buah pinggang & hempedu yang berpunca dari pengumpulan bahan bukan organik dari pemakanan, minuman, dadah dan sebagainya.

Pada tahap ini, organ penapis sudah tidak mampu untuk menyingkir bahan kumuh yang terkumpul dan sudah mengeras kerana tubuh sudah semakin lemah dan penat.
Tenaga semakin merosot.
Hasilnya? 
Alergi  atau alahan dan lemah sistem imun.

Alahan adalah keadaan keradangan kronik pada laluan rongga pernafadan ( hidung ) dan paru-paru dari keadaan toksemia yang sedia ada. 
Keadaan toksemia adalah akar kepada pelbagai isu keradangan dalam badan,
termasuklah pada lapisan dinding usus.

Pada tahap ini, keadaan keradangan dapat diperhatikan dari rasa panas, kemerahan, bengkak dan sakit.
Bila dah tiba tahap ini, pilihan kita nak biar tubuh semakin merosot ( Disease crisis ) atau nak mula usaha untuk baiki kesihatan ( Healing crisis ) 

Jika dibiar..
Kita bakal "upgrade" kepada tahap yang seterusnya..


5. ULCERATION : Ulser


Image credit : https://www.verywellhealth.com
Lihat kedua gambarajah diatas ini. 
Ulser tidak terhad di mulut sahaja, ulser adalah luka. Dan luka ini boleh berlaku dimana-mana bahagian tubuh kita.

Sama ada didalam, atau diluar.
Di mana sekalipun, ia bukan petanda yang baik.

Kehadiran ulser terutamanya yang kerap adlaah tanda tubuh kita telah lama menanggung beban dan banyak sel, tisu sudah dimusnahkan. 
Keadaan ini mungkin mengakibatkan sakit yang kuat kerana, sudah mula mengena saraf.

Luka atau ulser umpama laluan untuk toksin keluar, namun kerana ia tidak dapat keluar pada laluan yang normal ia muncul di tempat lain,
dalam bentuk luka, bisul atau discaj lendiran dari mata, hidung, mulut dan bahagian sulit.
Keadaan ini boleh sembuh bila kadar toksin dalam tubuh dapat dikurangkan.


6. INDURATION : Indurasi ( Tisu mengeras / berparut )

Kerosakan tisu sehingga berparut mengakibatkan tisu mengeras sama ada tanpa isu atau ada isi setelah berlakunya ulser. 

Pengerasan ini ada sebabnya.
Ada tujuan. 
Pengumpulan toksik yang menjadi ancaman kepada tuan badan disimpan atau dibungkus dalam bentuk ketulan atau yang kita lihat / temui dalam badan sebagai tisu yang mengeras.

Ini cara tubuh kita mengasingkan toksin supaya tidak merayap bebas dalam badan. 
Ketulan / ketumbuhan ini adakala didiagnos sebagai kanser, tetapi tidak semestinya.

Fasa indurasi adalah fasa akhir dimana tubuh masih dalam kawalan. 
Jika amalan yang memudaratkan diteruskkan, 
fasa yang berikutnya sel dalam tubuh mula hilang kewarasan dan berubah menjadi parasit kepada tubuh kita sendiri, ia mula mencuri nutrien dan tidak menjadi manfaat. Hanya beban. 

Kemasukkan toksin yang berterusan akan menjadi racun yang boleh mengubah kod genetik, menjadi luar kawalan dan tidak teratur. 
Kemudian, timbul kanser.

6. CANCER : Kanser

Pada tahap akhir ini,
berlakunya kecacatan tahap sel yang menggangu genetik dan merosakkan DNA,
ini mengakibatkan berlakunya mutasi dalam sel dan pada tahap ini sel hanya membiak sebagai sel mutasi. Sepeti zombie yang sednag membiak, dan menyedut tenaga, nutrisi dan sel sihat dari dalam. 

Jika ujian dijalankan pada tahap ini, 
mudah untuk temui yis, fungus, kulat dan sel kanser. 
Lihat gambarajah dibawah ini untuk lihat bagaimana dari sel sihat, menjadi sel mutasi dan kanser.

7 peringkat penyakit ini bukanlah penyakit sebenarnya, 
tetapi setiap peringkat sebelum fasa ke-7 adalah tanda badan yang sedang berusaha untuk kembalikan keimbangan dan homeostasis dalam tubuh dengan mencuba untuk menyingkir toksin yang sedang meracuni dari dalam.

Simpom tahap 1-6 adalah krisis penyembuhan atau healing crisis yang sering disalah ertikan sebagai penyakit.

Untuk mencegah kemerosotan atau peningkatan toksin dalam tubuh, 
keadaan toksin harus dikurangkan untuk mengurus radikal bebas pada peringkat sel supaya dapat mencegah kemerostan lanjut pada kesihatan. 

Di Shuang Hor, guru kami DD Norliza selalu berulang kali pesan. 

Nak tubuh sihat,
1. Toksin perlu dikurangkan
2. Nutrisi perlu dicukupkan
 

Selari dengan penerangan tentang 7 peringkat penyakit dan carta Dr.Benard Jensen, 
ada harapan untuk isu kesihatan diundur semula sehingga kesihatan dikembalikan atua yang kita sebut sebagai reverse.
Kecuali bagi organ yang sudah gagal atau dibuang.  

Ujian sakit adakala datang dengan pelbagai hikmah, 
namun setiap penyakit turun dengan penawar dan ada harapan untuk kita menikmati kembali kesihatan yang baik selagi hayat dikandung badan. Insya'Allah. 

Semoga penulisan ini bermanfaat. 
-----------------------------------------

Rujukan 
1. 
www.berkshirehypnosis.com 
2. Dr.Benard Jensen 
.


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Ini bukan platform rundingan kesihatan. Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Pastikan anda merujuk kepada pakar yang sesuai sebelum melaksanakan sebarang tindakan.