Friday, October 25, 2024

Peranan organ hati dalam proses detoks | Fungsi hati

Assalamualaikum.
Jom ambil tahu.

Organ hati adalah organ dalaman yang terbesar.
Besar size bermaksud, besar juga tanggungjawab yang dibawa. 
Hati ada lebih 500 fungsi penting dalam tubuh kita. 

Antaranya adalah detoksifikasi, atau bahasa lain nyahtoksin dimana ia bertanggungjawab untuk mengurus bahan toksin yang masuk kedalam tubuh kita supaya ;- 

1. Tidak menjadi racun kepada tubuh 
2. Untuk disingkir dari tubuh supaya tidak jadi beban

Organ hati ini umpama "penapis" yang menapis segala benda yang masuk kedalam tubuh kita, dan mengurus sebarangan ancaman yang bersifat toksik. 
Namun, ia hanya dapat berkerja dengan baik sekiranya ia berada dalam keadaan sihat. 
Jika ia tidak sihat, maka disini jadi permulaan kepada lambakan toksin dalam tubuh kita.


Hampir 1.5 liter darah melalui organ hati setiap minit menjadikan ia antara organ yang sentiasa sibuk berkerja. Jika organ hati kita tidak dapat urus toksin dengan baik, toksik mula berkumpul dalam tubuh kita dan ini antara tanda-tanda hati tidak lagi cekap mengurus toksin [1] :- 

+ Simptom selsema / jangkitan virus
+ Ruam
+ Cirit
+ Jerawat 

Sekiranya simptom-simptom diatas ditahan dengan ubatan, maka toksin yang sedang cuba disigkirkan akan ditolak semula kedalam badan. 
Lama-kelamaan, fungsi organ mulai lemah dan kita mula dapat simptom baru, 
petanda penyakit sudah kronik :-

>> Kelelahan /lesu kronik ( Chronic fatigue syndrome )
>> Autoimun
>> Kanser

Bila organ hati terbeban dengan toksin,
proses untuk pulih dari penyakit menjadi sukar. 

Kehadiran logam berat juga menjadi beban keatas organ hati.

Nutrien yang cukup penting untuk sokong proses detoksifikasi hati, 
hati bertanggungjawab untuk menukar toksin kepada bentuk yang boleh disingkirkan oleh badan melalui pembuangan air besar, pembuangan air kecil dan peluh.
Dan proses ini memerlukan glutathione yang cukup, 
organ hati yang dirawat dengan baik mampu menghasilkan enzim ini.

Dalam organ hati, ada sel Kupffer yang bertugas untuk memakan sel mati, sel kanser, virus, yis, parasit, bakteria, kimia, protein separa hadam dan unsur-unsur luar yang jadi ancaman.
Sel ini berkerja dengan bantuan enzim, 
namun jika berkerja lebih masa dan terbeban maka fungsi sel Kupffer ini turut terbantut dan mengakibatkan darah & sistem limfatik kita terbeban dengan toksin.

Sebelum kita terus fokus pada detoks, 
yang lebih penting adalah mulakan dengan perbaiki kesihatan gastrousus. 

Elak semua toksin baru supaya tubuh dapat mula urus toksin lama yang berkumpul dalam tubuh.
Dan ambil nutrisi yang cukup supaya tubuh kita cukup kekuatan untuk urus toksin. 

Cukupkan enzim, protein, serat, probiotik & prebiotik serta hidrasi secukupnya untuk perbaiki kesihatan gastrousus. 
Bila pembuangan mulai cantik dan bebas sembelit, 
langkah seterusnya hati boleh diperbaiki. Insya'Allah.

----------------------------
Rujukan
[1] The Complete Cancer Cleanse - Cherie Calbom, John Calbom, Michael Mahaffey

Thursday, October 17, 2024

CEO Coffee | Kopi CEO | Kopi premix dengan Ganoderma

Dalam banyak-banyak kopi, bagi saya CEO coffee setakat ini adalah antara pilihan kopi yang paling tepat sebagai minuman yang mendukung perjalanan "Reverse kesihatan" saya. 

Sejak tahun 2018 saya telah berhenti semua jenis kopi, kerana saya diberi kesedaran dalam bentuk ujian sakit untuk mula cakna dengan kesihatan saya. 

Saya pernah ada isu gastrik yang teruk, alahan makanan hingga majoriti makanan akan cetus angin, refluks dan lain-lain ( Ada komplikasi - panjang ceritanya ) 

Kenapa CEO coffee adalah sesuai untuk mendukung kesihatan? 

1. Menggunakan 100% biji kopi asli. Tanpa bahan perisa atau pewarna tambahan. 

2. Tanpa lemak trans ( trans fat ) 
Ada krimer tapi dari lemak kelapa, atau kita panggil coconut. 
Malah terkandung MCT, rantaian asid lemak yang bermanfaat untuk kesihatan. 

3. Diperkaya dengan YK ganoderma.
Khasiat ganoderma ini yang "mahal" 



YK Ganoderma adalah ganoderma atau lingzhi patented dari Shuang Hor.
Patented bermaksud, tiada ganoderma atau lingzhi yang sama di mana-mana tempat dalam dunia ini. 

Antara fungsi unik ganoderma adalah, 
meyeimbangkan fungsi dalam tubuh kita. Bantu normalkan apa-apa yang tidak normal. 
YK Ganoderma ini telah mendapat 5 pengiktirafan keatas sistem imun & 2 pensijilan untuk perlindungan hati.
( Untuk bacaan lanjut tentang YK Ganoderma, rujuk posting ini >> Ganoderma Shuang Hor )

Bila minum kopi CEO ni, 
insya'Allah tak perlu risau dengan kesan jangka masa panjang kafein kerana selepas beberapa minit diminum, ganoderma akan bantu badan kita buang balik kafein yang tidak digunakan. 

Kafein ada manfaat,
terutamanya keatas fungsi sistem saraf.
Jika nak minum kopi tapi bebas kafein agak rugi. 
Carilah pilihan kopi yang selamat dan tanpa mudarat. Macam CEO coffee ini. 

Join ahli Shuang Hor dan anda boleh terus beli direct dengan HQ. 
Jangan beli di shopee ya kawan-kawan, 
pembelian selain direct dengan HQ atau upline masing-masing adalah tidak diiktiraf dan pernah ada kes dapat kopi CEO palsu. 
Elak menyokong penjual yang tiada etika di shopee atau lazada, 
nak membeli pastikan di tempat yang betul supaya jiwa kita tenang..

Semoga posting ini bermanfaat.

Aishah
Distributor ID :  2811453 
Hubungi kami : +6018-2365920 
Telegram : https://t.me/gengsihatsecaraalami






About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.