Thursday, August 4, 2022

What's it like : Bebas gadget

 "..when you don't have the phone, you kind of just enjoy the world.."

Not my words.
Ini petikan dari sebuah video yang saya tonton tentang pengaruh smart phone tanpa kawalan dalam kehidupan harian. Keatas anak muda khususnya.

Dari pengalaman sendiri :-
[ X ] Bila anak main gadget, dia kurang selera nak makan.
[ / ] Bila anak bebas gadget, dia berselera makan. [ X ] Bila anak main gadget, dia tak minat outdoor activities, tak minat nak main lari-lari, tak minat nak mandi sungai. [ / ] Bila anak bebas gadget, dia mula tunjuk minat untuk outdoor activities, dia mula minat nak main lari-lari, dia mula tunjuk minat untuk explore nature. [ X ] Bila anak main gadget, dia tak nak berkawan. Dia nak kawan dengan gadget jer. [ / ] Bila anak bebas gadget, dia mula belajar berkawan. Dia nak main dengan kawan-kawan.
Jangankan kanak-kanak,
kekadang kita yang dewasa pun leka dan lalai dengan medsos hingga tak tersedar berapa jam yang dah berlalu.
If you are a parent yang nak berhenti/kurangkan masa anak main gadget, remind yourself proses ini tak boleh ubah sekelip mata, take one step at a time - ia akan ambil masa dan perlukan usaha dan kesabaran. Tapi it is possible.
InsyaAllah. Where there is a will, there is a way.


Note :
What is best for us may not be the best for others. Gadget free atau tidak, no need to judge other parents.
Mungkin kita rasa cara kita terbaik untuk anak kita , tapi cara kita bukan terbaik untuk setiap orang.
As long as masing-masing tidak ingkar Al-Quran dan sunnah, ingatkan diri untuk hormat pilihan orang lain.
Hidup nak tenang-tenang,bukan asyik nak menang.

All the best to you and me!
Muah ciked to #Geng_Mak_Mak 😘

About Me

My photo
Distributor sah Shuang Hor since 2005 ☕️ Perkongsian my reverse kesihatan journey secara alami / holistik

Penafian

Semua yang tertulis didalam blog ini hanyalah info pendidikan, perkongsian pengalaman dan pandangan penulis. Setiap penulisan dan maklumat yang dikongsikan dipastikan dari sumber yang dipercaya. Ini bukan platform rundingan kesihatan.