Assalamualaikum geng mak-mak :)
Mak-mak yang ada anak lebih dari satu mesti faham bagaimana situasi kelam dan kabut bila jaga anak kecik ni.
Terutamanya jika anak dalam lingkungan 1 hingga 9 tahun.
Umur tengah aktif,
tengah baru nak belajar memanjat, segala benda dia nak panjat.
![]() |
| Kejap lagi anak sama size dengan mak |
mak-mak jarang rasa aman bila pergi ke bilik air.
Sometimes,
benda ni buat sesetengah mak jadi stress,
jadi moody dan asyik nak melenting. Mungkin dari situ timbul pepatah " mak kau hijau.."
2 tips yang boleh saya kongsikan hari ini supaya kurang sikir episod mak tukar jadi hijau di rumah ;-
1) FAHAM.
Nak faham apa?
Faham bahawa anak-anak kita sedang growing,
dan dalam tempoh masa sebelum mereka remaja pasti mereka anak ada minat untuk explore apa yang ada disekeliling dia.
Adakalanya, hingga menimbulkan sepah sana sini.
It's OK. Ajar anak untuk kemas selepas buat sepah.
( Note:
Bila kita dah kahwin, dan ada anak, mohon padam dulu impian nak rumah bersih berkilat 24jam, kecuali kita memang ada seorang bibik yang kerja dia mengemas aje sepanjang hari )
Dan jangan minta anak-anak faham kita penat nak kemas.
Kita yang dewasa,
we should understand them dan cari jalan untuk guide them how to manage the mess they made.
Stop saying " Mak penat ni, adik tak faham ke.."
Memang dia tak faham. Dia baru umur setahun dua, apa je dia faham tentang penat.
2) JANGAN BANDING
Jangan banding rumah kita dengan rumah orang lain.
Jangan banding anak kita dengan anak orang lain.
Yang perlu kita fokus ialah,
bagaimana kita beri perhatian yang cukup pada anak.
Bukan bermakna tidak perlu pastikan rumah dikemas, cuma pilih untuk bersederhana,
dan elak rasa tertekan bila setiap 13 minit anak buat sepah.
Time anak tengah bermain biar dia main sampai habis kemudian kemas sama-sama.
Embrace and enjoy the journey,
nanti anak dah besar what memories do we want them to cherish?
Gambate geng mak-mak!

